Sunday 28 September 2014

Kau cinta? Tipu!

Bismillah..
Kau kata kau cinta..
Tapi,
Kau  cintakah ?

Kau tipu!
Ya.
Kau tipu diri sendiri!

Kenapa?
Sampai bila nak jadi macam ni?

Kata nak berubah..
Tapi bila?

Bila?!
Pintu taubat memang masih terbuka luas..
Tapi ingat..pintu taubat juga akan tertutup..

Haih..
Fikirlah balik..
Atas sebab apa Dia jadikan kau hidup atas dunia ni?

Saturday 27 September 2014

Rindu?

Bismillah.

Pernah rasa rindu?
Rindu yang teramat sangat..


Di asrama dulu dan kolej kediaman sekarang pun,aku selalu telefon umi hanya sekadar untuk dengar suara umi.

Membazir ke? Tak luak pun kedit tu  kalau tnaya khabar keluarga..(bergayut ngan member takde timbul isu pulak)

Haih..
Aku pun bukannya baik sangat.


Ok. Itu rindu terhadap keluarga.

Pernah rindu terhadap guru-guru dan sahabat-sahabat?

Aku pernah rasa begitu..

Kadang-kadang air mata mengalir sendiri tanpa sedar dan tanpa dapat ditahan..

Suatu hari,hatiku ibarat diketuk.

"Kalau macam ni la rasa sakitnya menanggung rindu,hebat lagi rasa rindu yang ditanggung oleh Rasulullah saw terhadap kita,umat baginda.."

Wallahua'lam..setakat ni dulu.

Thursday 25 September 2014

Nak sesuatu? DOA. ^_^ .

Bismillah..

                                             Hew~*tiup angin jap.

Sebelum masuk sini(tempat studi) ,aku dapat tahu kat sini pun ada talaqqi kitab..
Serius la..setiap kali aku dengar perkataan 'talaqqi kitab' hatiku rasa sayu,aku rasa sedih.

Hatiku rasa terpanggil-panggil..huhu..
*ape la aku merepek >.<"

Ringkas cerita,masa dalam perjalanan ke kelas ict,aku dapat tahu setiap khamis malam ada pengajian tafaqquh fiddin..(guna kitab mukhtasar)
Jadi,aku rancang nak pergi walaupun rakan satu sekolah tak nak join.
Lagipun aku takde kelas pada hari keesokannya.(jumaat)
Tapi takpe..2 orang rakan sekelas ada sekali.
Jadi,aku join sekali ngan diorang..
huhu!

Siyes la..
aku x tau rasa ape skang ni..
siyess..aku rindu guru2 ku,rindu rakan sehalaqah ku..
sampai bila pun,tempat mereka tiada siapa yang dapat ganti..

Pesan guru...
"Carilah guru.."
"Rezeki ada di mana saja kamu berada.."
"Nak sesuatu,doa.."
Allah,
Kami tidak punya apa-apa..
Hanya kepadaMu kami sandarkan segala harapan dan pertolongan.
Rezekikan kami akan ilmu-ilmu mu yang luas.
Jadikanlah kami hamba yang bertakwa.
Rahmatilah dan berkatilah hidup ibu bapa,keluarga,guru-guru,serta sahabat handai kami..
Moga kami semua bisa bertemu di JannahMu..

Stay up?

Bismillah..

Alhamdulillah..

Sekarang..aku berpeluang menyambung pelajaran di salah sebuah intitusi awam di malaysia.
Blablabla.(xde nk cite ape pon..)

Aku teringat pesanan atau kata-kata bekas ketua warden dulu..
"Masa tidur yang berkualiti bagi pelajar adalah daripada jam 12-2 pagi."
Sekian.*aku sndiri kena ubah habit tidur lewat mlm.kena ajar diri tidur dan bgn awal pagi.
(Tidur sekitar lepas solat isya' dan bangun kira-kira awal jam 3 pagi.)
#jom tajahud.

Kata guru..
"tahajud sumber kekuatan."