Thursday 19 November 2015

Exam?

Jam 9.15 malam.

Jam terus berdetik.
Aku menanti akan detik waktu berakhirnya exam midterm madah Dabt yang diadakan pada malam ini.

aku melihat gerak geri pensyarah mula memegang mic dan beliau mula bersuara.
Aku sangka beliau akan berkata
"Masa menjawab telah tamat."

Namun, fikiran ku meleset sekali.

"You have 10 minutes more to answer questions," gema suaranya sampai ke gegendang telingaku.

'Ingatkan dah habis masa, aku tak mau dah nak hadap kertas ni," aku bermonolog sambil melihat sepi kertas di hadapan.

"If you had finish, you can put your paper in front of me. Ikut kelas masing-masing," beliau bersuara lagi.

Merasakan ingin menjadi orang yang pertama hantar kertas, namun aku diamkan saja kehendak hati.

"Sabarlah, hormat kawan lain yang tak habis jawab lagi," ku pujuk hati.

Sedetik, dua detik.
Akhirnya ada dua orang sahabat sekuliah kami bangun dari tempat duduk. Selepas itu, makin ramai sahabat sekuliah lain yang turut sera.

Dapat aku lihat pelbagai reaksi di setiap wajah mereka. Entah bagaimana aku hendak mentafsirkan riak wajah itu. Ada yang tersenyum, ada yang menggeleng mungkin. Dan aku antara orang yang menggeleng.

Tersenyum sendirian. 
Teringat kenangan exam waktu sekolah menengah dahulu.
Menurut cerita 'turun temurun' rakan-rakan aku, kata mereka, kalau sekolah orang lain, yang paling awal sekali hantar kertas exam, 'mesti dia tak boleh jawab soalan.'
Tapi, tidak bagi sekolah ku. Bagi kami, siapa yang paling awal hantar kertas, 'mesti dia boleh jawab soalan.'
Kadang-kadang aku tergolong dalam golongan 'awal' dan 'lewat'. Sebab tak tahu boleh jawab atau tidak soalan-soalan tersebut. Dan biasanya sebab malas nak fikir jawapan yang memang sudah sedia tiada maklumat dalam fikiran pun.

Kalau situasi dalam dewan kuliah sekarang, entahlah. Malas nak fikir.
Aku berpaling ke belakang dan mengajak Adil untuk hantar kertas di hadapan.
Dia hanya menggeleng. Melihat Nur di sisi Adil, si tudung merah itu hanya tersenyum lebar. Entah apa maksud senyum gadis hamra' itu. Sukar untuk aku tafsirkan. 

Waktu itu, aku menggerakkan badan dan berpaling ke sana ke mari. Entah kenapa aku bersikap demikian. Mungkin kerana aku ini termasuk dalam kalangan 'orang yang tak reti duduk diam'.

Berpaling ke kanan dan kiri, aku terhenti.

"Akak, dah siap ke?", soalku pada Kak Tira.
"Belum lagi, tak tahu nak tulis apa," balasnya sambil matanya memandang ke kertas. Riak wajahnya biasa, namun aku kenal benar dengan riak wajah dia waktu itu. 

"Takpe kak, akak tulis je apa-apa," aku bersuara perlahan. Aku cuba memberinya semangat.

Sharifa menyentuh siku ku, "Jaf, jom hantar,"

"Oh, jap. Tunggu Kak Tira siap dulu,"

Tidak lama kemudian, aku bangkit dari bangku, membuntuti Kak Tira ke hadapan pentas dewan. Sempat lagi Sharifa mengirimkan kertasnya.

Alhamdulillah, selesai urusan. Mujur pensyarah mengadakan midterm. Fikir aku, andai kata tiada midterm untuk maddah ini, mungkin final exam nanti baru aku buka.
Adeh, entah bila aku mahu berubah. Sering sahaja buat perkara di akhir waktu.

Teringat firman Allah, mafhumnya, Dia tidak akan mengubah nasib seseorang hambaNya, melainkan hambaNya itu sendiri mengubah diri mereka.

Aku teringat kata-kata sahabat,
"Bila mana kita start usaha, itu salah satu tanda Allah nak makbulkan doa kita."

Moga apa yang dibaca, dihafal dan dibincang malam ini, akan terus melekat di minda dan hati.

Maddah Dabt,Rasm dan Fawasil AlQuran (penulisan AlQuran), bukan hanya sekadar subjek yang wajib ambil, bahkan ianya begitu penting untuk kita tahu bagaimana sejarah dan penulisan Al-Quran itu sendiri.

Bagaimana mahu mencintai, jika tidak kenal apa yang kita cintai?
Bukankah begitu?

Akhir kalam, moga kita sama-sama  terus konsisten dalam  mengorak langkah untuk mendapatkan ilmu.

Kata-kata ulama, "Ilmu itu didatangi, bukan mendatangi."
Kita yang perlu bergerak untuk mendapatkan ilmu. Mustahil ilmu itu datang bergolek kepada kita tanpa kita berusaha mendapatkannya.

Ayuh sama-sama selitkan doa, moga-moga Allah berkati masa kita. Moga setiap apa yang kita lakukan hari ini, kita dapat tersenyum lebar di hari mendatang kerana keputusan yang kita buat hari ini.


-Fazrin-

Saturday 14 November 2015

Aku nak tanya..

Aku nak tanya..

Kau tak letih ke?
Main ngan dunia..

Makin hari,
Hati kau makin parah..

Mainan dunia..
Ibarat petik jari.
Kejap je
Sap!
Terus lesap.

Sampai bila..
Sampai bila nak jadi macam ni..

Waktu kau ada di dunia ni,
Dah makin hampir ke waktu penamatnya.

Aku nak tanya..

Bekalan untuk akhirat sana dah cukup ke?

Makin hari,
Hati kau makin bernanah.
Sifat baran yang kian luntur,
Kini kian membarah.
Hasad dan dengki,
Usah dibicarakan lagi..

Makin hari,
Hati kau makin goyah,

Aku nak tanya..
Sampai bila..
Sampai bila kau nak terus jadi macam ni..

Tak cukup lagi ke contoh yang Allah bagi..
Tak kan nak tunggu diri tanggung sendiri?

Aku nak tanya..
Belum tiba masanya lagikah untuk kau kembali?
Kembali kepada fitrah insani..
Cukuplah bermain dengan dunia..
Kelak dirimu yang akan sengsara nanti..

Jom la..
Kita pulang ke pangkuan ilahi..
Menjadi insan yang ingat diri..
Kepada Tuhan pencipta alam ini..