Monday 25 April 2016

Rejab Di Hati~



Rejab menjelma, menandakan tetamu mulia bakal datang lagi..
Jom kita amal doa ni ^^,

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
"Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya'ban, dan temuikanlah kami dengan bulan Ramadhan."







Monday 18 April 2016

apa patut aku buat?

Tuhan,
apa yang perlu aku lakukan.
aku merasakan ini bukan aku.

mengapa aku begini.
lemah
langsung tidak berdaya.

Tuhan,
ampunkan dosa-dosa ku
terlalu banyak dosa yang aku lakukan.
tapi aku masih lagi sombong untuk tunduk sujud di hadapanmu.

Tuhan.
berat ujian ini.
berikan kami jalan keluar..

Tuesday 12 April 2016

Not 100

Bismillah..

Malam ni baru boleh gerak sikit buat kerja. Banyak je kerja lain, Tapi melencong buat benda lain.

Fokus tarak. Macam mana nak buat kerja betul-betul?

Ok. Cukuplah melalut.

Aku tak tahu patut atau tak nak share cerita ni. Tapi.. Aku tak tepek jugak kat sini. Moga-moga boleh jadi peringatan untuk aku suatu hari nanti.

Ceritanya, kira-kira beberapa bulan yang lalu dalam kuliah. Kuliah apa aku lupa. Yang aku ingat, haritu aku cod barang ngan cust dan aku dapat RM100 tunai. Sebelum ke kuliah, aku terus bank in duit kat Izzah. Ok, ringkas cerita, not 100 tu still ada dalam beg. I just transfered money to Izzah through my account bank.

Waktu kuliah berlangsung, ada edaran sampul untuk derma. Biasanya aku paksa diri untuk derma juga walau berapa sen sekalipun. Aku teringat sharing dari grup team Furaiha. "Bagi paling banyak duit yang kita ada waktu tu."

Dalam waktu yang singkat tu, aku tengok sekilas duit yang ada dalam beg. dan tanpa aku tengok, tangan aku terus ambik duit tu dan masukkan dalam sampul.

Nak tahu apa perasaan aku waktu tu? Rasa macam ni, "Betul ke aku buat?" "Siyes ke ni"

Rasa macam hati menangis waktu tu. "Ikhlas Faza, yakin dengan Allah."

Lepas habis kuliah, aku mesej Izzah dan aku ceritakan kat dia.

She just said,"Yakin Faza.. Yakin.."

Menangis weyh nak lawan diri sendiri. Takkan nak berkira-kira dengan Tuhan.. Mana iman aku yang yakin dengan janji-janjiNYa?

Bulan berikutnya..
Aku rasa macam sale aku berkurang.

dari situ aku rasa macam something. aku perlu muhasabah balik. kenapa aku join bisnes bagai..
selama ni aku sedar tak sebenarnya Dia yang Maha memberi rezeki..

Mana keyakinan aku..

Allah.. betul lah.. peperangan dengan diri sendiri sampai ke susah tak habis..

perlu kepada back to basic.














Friday 8 April 2016

Buah Bicara Unais

[BUAH BICARA UNAIS]
Alam mula menunjukkan tanda bahawa malam mula menjelma. Ahli rumahnya sudah ada yang bergegas bersiap-siap untuk menunggu waktu solat maghrib masuk. Dia juga tidak ketinggalan.
.
Mesej-mesej what'sapp juga seperti mulai reda. Barangkali mereka juga mulai beransur mempersiapkan diri masing-masing. Tiba-tiba ada mesej masuk dalam salah satu grup. Jarinya laju 'scroll' ke bawah.
.
Entah kenapa seperti tidak berminat untuk ambil tahu.
Dia menghela nafas perlahan, entah kenapa dirasakan dirinya begitu malas.
.
'Ouh, ada pengisian di surau..'
berbicara sendiri sambil jarinya terus menari di skrin.
.
Mesej yang sama berulang masuk menjengah ke dalam harpenya. Setelah diteliti, ada satu nama terselit di situ.
.
'Eh, Unais bagi pengisian malam ni? Malasnya nak turun..' dia masih bermalasan.
Entah kenapa, badannya mula bergerak perlahan mempersiapkan diri untuk turun ke surau.
'Aura betul Unais nih. Aku yang malas pun boleh jadi rajin, haih..' bermonolog sendirian lagi.
'Tapi takpe lah, bukan selalu dapat dengar buah bicara dia. Hmm..'
.
Dengan mengenakan pemakaian secara sederhana, dia mula melangkah keluar dari rumah.
.
'Alhamdulillah, ada geng ke surau kali ni.' Dia tersenyum sendiri apabila melihat ada sahabat serumahnya turut turun kali ini bersama ke surau.
.
Setelah kakinya berjaya menapak hingga ke depan pintu surau, kelihatan tidak banyak selipar yang ada seperti malam kebiasaan. Mungkin penghuni kolej lain masih punya tugasan yang belum selesai.Tidak berfikir panjang, perlahan-lahan langkah kakinya diatur masuk ke dalam surau. Dia berpisah dari sahabat serumahnya untuk mengambil ‘port’ masing-masing. Ada kelihatan Unais berdekatan di tiang surau. Di sisinya ada teman lain. Entah kenapa, dia berasa tidak berminat untuk memulakan perbualan. Hanya terus duduk dan bertafakur sambil menunggu majlis di surau bermula.
.
Tidak lama kemudian, ada suara yang mengajak mereka untuk berada di dalam surau supaya membentuk halaqah. Pengisian di surau pada malam itu dimulai dengan bacaan ummul kitab Al-Fatihah. Seusai pembuka bicara pengacara majlis, Unais memulakan kalam bicara. Dia hanya memerhati susuk tubuh sahabat lamanya itu dari jauh. Sengaja dia duduk jauh dari Unais.
.
Unais membawa watak kaunselor pada malam ini. Lebih-lebih lagi Unais merupakan pelajar dalam jurusan Kaunseling. Perkongsian Unais yang pertama, dia memulakan point "Kenal diri". Wujud ketika itu aktiviti menulis kelebihan dan kelemahan masing-masing.
.
Dia tidak terkecuali. Dia hanya menyenaraikan semua itu di dalam kotak fikiran. Entah nampak atau tidak. Belajar dari pengalaman, dia menukarkan kelemahan yang ada dirinya ke dalam bentuk kelebihan. Kemudian, dia hanya menunggu pengisian seterusnya oleh Unais. Secara ringkas yang dia sempat catat di dalam notanya, proses mengenal diri kita ini memerlukan masa sehingga akhir hayat manusia. Melalui kelebihan dan kelemahan yang kita senaraikan tadi, mana yang lebih banyak? Kelebihan atau kelemahan?
.
"Nak tengok diri kita ni positif atau negatif terhadap diri sendiri, kita tengok mana kelebihan dan kelemahan yang kita senaraikan. Adakah kita menyenaraikan kelebihan lebih dari kelemahan atau sebaliknya." Kata Unais.
.
Unais memberikan ulasan bahawa segala pendirian, ’attitude’, dan ‘behaviour’ kita, semuanya atas kehendak diri kita sendiri.
.
Masuk point yang kedua, Unais memberikan point tentang ilmu dan maklumat.
.
“Sebenarnya, saya dapat ni perkongsian sahabat saya. Dia pernah berkongsi dengan saya apa itu ilmu dan maklumat. Dan dia ada dalam halaqah ini.” Bicara Unais terhenti seketika sambil memandang ke arah dia. Kelihatan para hadirin mula tercari-cari siapakah gerangan insan yang dimaksudkan Unais.
.
Dia hanya tersenyum lalu menunduk kerana ingin terus menyalin isi buah bicara Unais. Unais menyambung bicara dan tiba-tiba Unais berdehem.
.
"Ehem, Fizree.. Tolong la bagi pengisian sikit, saje nak suruh bercakap,"
.
'Aku dah agak,' getus di hati kecilnya.
.
Dia akur. Sambil membetulkan kedudukan dan mencari isi yang ingin disampaikan.
.
"Bismillah, saya cuba ya. Terima kasih, Unais. Saya anggap ini adalah recall untuk saya,"
Semua mata mula beralih kepada dia. Tiba-tiba dia mula merindui sesuatu tetapi dia tahan.
.
“Saya beritahu secara rigkas ya,” para hadirin mengangguk.
.
“Semua orang ada maklumat. Orang melayu, cina, india.. Bahkan seluruh manusia di dunia sekalipun mempunyai maklumat. Apa yang kita belajar sekarang juga adalah maklumat. Namun, di dalam Al-Quran dan hadis, Allah ada menyebut yang mana mafhumnya adalah, Allah mengangkat darjat orang yang berilmu.”
.
Dia berhenti seketika. Sengaja ditekankan ‘orang berilmu’ tadi.
.
Dia menyambung kalam, “Jadi, secara ringkasnya pada malam ini. Ilmu itu adalah sesuatu perkara yang mengubah akhlak manusia.”
.
Ilmu dan maklumat. Terlalu banyak perkara yang perlu kita ingat dan bezakan. Namun, bicaranya pada malam itu hanya terbatas setakat itu.
.
“InsyAllah setakat tu je Unais.” Kembali kepada Unais.
.
Unais kata, ilmu itu sepatutnya perkara yang makin mendekatkan diri manusia kepada Tuhan dan sepatutnya, setiap sesi kuliah itu adalah proses penyucian jiwa.
.
Ada suara sebak.
.
Unais mengutarakan persoalan. “Berapa ramai setakat ni yang setia membawa Al-Quran ke kuliah? Berapa ramai yang merujuk ayat Al-Quran dengan Al-Quran, yakni bukan melalui henfon?”
.
Semua diam termasuk Fizree. Masing-masing mula muhasabah.
.
.
Kata Unais, "Kita perlu menjadikan Al-Quran sebagai sahabat yang sebenar-benar sahabat. Cuba la bagi nama kat Al-Quran kita. Sebagai contoh, kalau ada hari kita terlupa nak luangkan masa bersama Al-Quran.. kita kata, 'Eh, hari ni tak bercakap lagi kat ...(nama AlQuran)' "
.
Last word Unais yang masih Fizree ingat, "Kita perlu adanya sahabat yang boleh mengingatkan kita tentang Allah.."
.
Kalau kita tak boleh mencari, cubalah menjadi sahabat itu.
.
.
Wallahua'lam. Berikut adalah anatar coretan pada malam pengisian yang bertajuk 'Seteguh Mutiara Di Ocean' pada minggu-minggu lepas.
Mohon maaf kalau ada terkurang kata dan bahasa. Sebarang komen amatlah dialu-alukan.
Moga bermanfaat ��