Tuesday 16 June 2015

Terkenang kisah lalu

Bismillah..

Sejenak bertafakur di atas sejadah seusai solat asar,ku lihat cahaya senja mentari memasuki ruang tamu melalui jendela rumah..

Turut ku rasa angin bayu petang menghembus lembut wajahku..

Lantas aku memejamkan mata,dapat ku rasakan seolah-olah aku kembali ke zaman persekolahan..

Di waktu petang sebegini lah rakan-rakan asrama berpusu-pusu ke masjid untuk mendirikan solat asar berjemaah..

Dulu,seusai solat asar,aku akan mengambil satu 'port' tempat kegemaran aku..

Dari situ,aku dapat melihat gelagat mereka yang ingin menyambung saf solat..
Dapat juga ku dengar suara-suara merdu sahabat di dalam masjid mengalunkan zikir serta alunan ayat-ayat suci Al-Quran..
Ada juga yang mengambil kesempatan pada waktu petang begini untuk berbual mesra bersama sahabat lain..
Macam-macam lagi gelagat yang dapat aku lihat..

Mindaku berputar seolah-olah aku dapat melihat semua itu..

Seusai solat,tika mana jarum jam menjengah jam 6 petang, biasanya aku akan terus ke kantin untuk makan petang.
Seperti biasa,aku akan ke bilik sebentar untuk mengambil botol air,lalu terus berjalan ke kantin..
Kadang-kadang,terus ke kantin tanpa menukar pakaian solat.

Mindaku terus berputar..angin bayu erus menghembus lembut pipiku..
Tanpa aku sedari,ada air mata yang bergenang di dalam kelopak mataku..
Ku tahan air mata itu jatuh ke pipi..

Selepas ambil botol air,aku menuju ke kantin melalui hadapan urusetia,rumah warden..

Kadang-kadang,pada waktu petang beginilah aku bermain-main dengan anak-anak warden asrama..

Dapat ku imbau betapa gembiranya wajah-wajah ahli2 syurga itu bermain di hadapan kantin..
Seperti kedengaran di telinga ku suara mereka memanggil-manggil namaku "kak ana,kak ana.."

Air mata terus jatuh membasahi kedua pipiku..

Oh Tuhan..
Betapa aku merindukan suasana itu..
Apa sebenarnya yang aku rindukan?

Lantas ku buka kelopak mataku dan terus berdoa kepadaNya..

Alhamdulillah..tiada daya upaya aku melainkan hanya DIA yang Maha Berkuasa..

Moga kalian di dalam redhaNya! :)