Sunday 19 October 2014

Moment sahabat di wechat

Bismillah..
Berikut moment yang sahabat aku post di wechat..  moga bermanfaat buat kita semua..
.......
Setiap kali kita buat maksiat/dosa, kita bersembunyi dari manusia. Kita risau dilihat manusia. Kita malu, kita segan jika dilihat manusia.
Sebab tu fenomena seperti :
1- Bergayut dalam selimut dengan pakwe/makwe
2- Dating di tempat yang susah dikesan
3- Letak nama lain bila SMS dengan lelaki/perempuan yang kita intim berhubung
Ini untuk orang couple. Dan macam-macam lagi contoh yang boleh bawa.
Kalau takut pada manusia, kenapa tidak takut kenapa Allah?
Rasa Allah tak nampak?
Walaupun kita tidak melihat Allah, tetapi ingatlah Dia melihat kita. Setiap tingkah perbuatan kita dilihat dan dihitung Dia.
Jangan rasa seronok bercinta dengan manusia dan dapat berselindung dengan orang lain. Percayalah, aib itu jika mahu dibuka Allah, sekejap cuma terbuka dan terdedah. Kalau bukan di dunia, di akhirat nanti, itu pasti.
Saya juga agak bosan dengan gejala cinta Islamik yang dibawa oleh ramai orang sekarang. Bertaqdim. Bertunang. Apa saja istilah yang digunakan, semua itu sama sekali tidak menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. Cuma ikatan perkahwinan saja yang menghalalkannya.
Percayalah, semakin rosak dunia ini dengan orang-orang alim yang mengaku sebagai daie, tapi dalam diam, mereka berterusan ,melakukan dosa-dosa kecil.
Benarlah manusia itu tidak pernah lepas dari dosa. Begitu juga saya, pendosa yang mengaku daie. Tapi berusahalah untuk mengelak dari dosa-dosa tersebut.
Sedaya upaya mungkin berusaha untuk menjauhi serta mujahadah dengan kuat.
Kau kata kau mujahadah, tapi siang malam kau tengok gambar dia dalam FB. Kau kata kau mujahadah, tapi siang malam kau fikir modal nak sms dia. Kau kata kau mujahadah, tapi siang malam kau spend masa fikir angan-angan dengan dia. Kau kata kau mujahadah, bila sedikit tergugat, kau terus tergoda dan cair. Kau kata kau mujahadah, berapa banyak kali kau tadah doa dari Allah?
Kau jangan cakap soal mujahadah kalau kau tak buat apa pun melainkan sekadar berkata 'mahu mujahadah'.
Berhentilah bermesej yang sia-sia dengan ajnabi. Berhentilah berhubung tanpa asbab dengan ajnabi.
Mungkin ia perkara yang kecil, sekadar berSMS, tapi percayalah setiap benda besar bermula dengan perkara kecil.
Tidak berlaku zina melainkan permulaannya cuma SMS lelaki dan wanita yang biasa-biasa. Tidak berlaku zina melainkan perasaan 'takpa' antara lelaki dan wanita dalam berhubung.
Aku takut aku diuji dengan kata-kata aku sendiri, tapi ia tidak menghalang aku untuk menyampaikan hikmah yang benar. Kerana saban hari aku melihat sahabat-sahabat aku yang bergelar daie begitu asyik bercinta dengan cara islamiknya. Aku juga takut dengan ujian itu menimpa diriku. Aku cuma mampu berserah pada Allah agar melindungi aku dari sekecil-kecil zina hingga ke sebesar-besar zina.
Kata-kata ini bakal mengguris ramai orang, aku tahu. Dan bakal dihelahkan dengan pelbagai hujah. Aku juga tahu. Tapi tanggungjawab aku adalah menyampaikan. tanda tidak senang aku dengan fenomena ini.
Kadang-kadang aku takut, gersangnya dakwah hari ini, kerana para daie yang tidak menjaga dosa-dosa kecil. Gersangnya dakwah ini kerana para daie yang syok sendiri dalam dunia 'islamik' ciptaannya.
Apalah bezanya kita dengan mereka yang bercouple. Bezanya cuma mereka jaharkan percintaan mereka, kita pula senang hati melakukannya dalam keadaan tertutup dan bersembunyi. Mereka berdua-duaan di alam nyata, kau pula berdua-duaan di alam cyber dan teknologi. Apa bezanya kau dengan mereka?
Wallahu a'lam. ;) 
.....
Terasa zup zap tak kat hati tu?
Huhu..
Kadang-kadang kita perlu merasa sentapan iman..

Tuesday 7 October 2014

Pesanan?

Bismillah..

Beberapa hari lepas,aku telah pulang ke kampung untuk pulang berhari raya aidiladha..
Tapi,sebelum aku sampai ke kampung halaman aku,aku singgah di tadika senior aku dulu..
*mujur abah beri keizinan..

Seminggu sebelum cuti lagi,'adik beradik' aku dah plan nak ziarah TTA(merujuk kepada tadika senior kami)

Ringkas cerita,
Alhamdulillah aku sampai jugak ke TTA..

aku just plan nak jumpa senior aku tu ngan 'adik beradik' yang lain..

tuptup..
senior aku bomm status ,melalui status dia, aku dapat tahu la yang dia nak buat liqa' kejap sekali ngan adik beradik yang lain(sekali ngan muslimin)..

-----------------------

aku ringkaskan eh?lagipon nanti aku melalut ke lain pulak.

-----------------------

Mereka yang dapat hadir pada hari itu ialah Su, A.Ngah,Acu, Ateh, Achik, K.Wan..dan semestinya senior kami..Kak Atikah atau mereka lagi suka panggil Kak Atikah dengan gelaran Bonda..
aku just bagi nama samaran diorang je..
ada lagi sebenarnya yang mahu turut hadir liqa' pada petang tu,tapi masing-masing ada masyaqqah (hal) masing-masing..>A.Chik,Lang,Dik Yong,dll<
Kiranya,yang mana hadir pada petang itu sebagai wakil..

Pada liqa' ptang tu,Kak Atikah mahu update terbaru daripada semua termasuk aku. aku punya update sekali ngan Ateh sebab tempat pengajian kami sama..Tempat pengajian Su pun sama dengan kami,cuma Su lelaki,jadi lain la sikit cerita dia.

Lepas semua cerita berkenaan hal masing-masing,last sekali,Kak Atikah minta semua buat pesanan.
Kira round table(even time tu takde meja pon..hanya istiah semata) start dengan Su,A.Ngah,Acu,Ateh,Achik,K.Wan..

Eh?
Aku tak buat pesanan apa-apa ke?

Ya.
aku tak pesan apa-apa pun..
sekali kena kedekut setepek atas dahi dengan Kak Atikah.
aku,macam biasa la,sengih jee..huhu..

serius..time tu otak beku,lidah kelu hati tak tahu terbang sampai ke mana.huhu..
aku terus proceed kepada Ateh..

Maaf,kak..

Maka,tamatlah liqa' kami pada petang itu..

bila dah tamat liqa',Along sampai..(senior U) Along masuk u dulu berbanding kami..umurnya sama je ngan kami..
 ---------------------------

masa aku atas bas otw ke kampus,ada salah sorang kata,nk pesanan daripada aku sebab aku seorang je yang tak bercakap time tu..

adeh..
nak pesan ape?

nanti-nanti la..

hee..coretan ini hanya sekadar coretan contengan semata

Wallahua'lam

Sunday 28 September 2014

Kau cinta? Tipu!

Bismillah..
Kau kata kau cinta..
Tapi,
Kau  cintakah ?

Kau tipu!
Ya.
Kau tipu diri sendiri!

Kenapa?
Sampai bila nak jadi macam ni?

Kata nak berubah..
Tapi bila?

Bila?!
Pintu taubat memang masih terbuka luas..
Tapi ingat..pintu taubat juga akan tertutup..

Haih..
Fikirlah balik..
Atas sebab apa Dia jadikan kau hidup atas dunia ni?

Saturday 27 September 2014

Rindu?

Bismillah.

Pernah rasa rindu?
Rindu yang teramat sangat..


Di asrama dulu dan kolej kediaman sekarang pun,aku selalu telefon umi hanya sekadar untuk dengar suara umi.

Membazir ke? Tak luak pun kedit tu  kalau tnaya khabar keluarga..(bergayut ngan member takde timbul isu pulak)

Haih..
Aku pun bukannya baik sangat.


Ok. Itu rindu terhadap keluarga.

Pernah rindu terhadap guru-guru dan sahabat-sahabat?

Aku pernah rasa begitu..

Kadang-kadang air mata mengalir sendiri tanpa sedar dan tanpa dapat ditahan..

Suatu hari,hatiku ibarat diketuk.

"Kalau macam ni la rasa sakitnya menanggung rindu,hebat lagi rasa rindu yang ditanggung oleh Rasulullah saw terhadap kita,umat baginda.."

Wallahua'lam..setakat ni dulu.

Thursday 25 September 2014

Nak sesuatu? DOA. ^_^ .

Bismillah..

                                             Hew~*tiup angin jap.

Sebelum masuk sini(tempat studi) ,aku dapat tahu kat sini pun ada talaqqi kitab..
Serius la..setiap kali aku dengar perkataan 'talaqqi kitab' hatiku rasa sayu,aku rasa sedih.

Hatiku rasa terpanggil-panggil..huhu..
*ape la aku merepek >.<"

Ringkas cerita,masa dalam perjalanan ke kelas ict,aku dapat tahu setiap khamis malam ada pengajian tafaqquh fiddin..(guna kitab mukhtasar)
Jadi,aku rancang nak pergi walaupun rakan satu sekolah tak nak join.
Lagipun aku takde kelas pada hari keesokannya.(jumaat)
Tapi takpe..2 orang rakan sekelas ada sekali.
Jadi,aku join sekali ngan diorang..
huhu!

Siyes la..
aku x tau rasa ape skang ni..
siyess..aku rindu guru2 ku,rindu rakan sehalaqah ku..
sampai bila pun,tempat mereka tiada siapa yang dapat ganti..

Pesan guru...
"Carilah guru.."
"Rezeki ada di mana saja kamu berada.."
"Nak sesuatu,doa.."
Allah,
Kami tidak punya apa-apa..
Hanya kepadaMu kami sandarkan segala harapan dan pertolongan.
Rezekikan kami akan ilmu-ilmu mu yang luas.
Jadikanlah kami hamba yang bertakwa.
Rahmatilah dan berkatilah hidup ibu bapa,keluarga,guru-guru,serta sahabat handai kami..
Moga kami semua bisa bertemu di JannahMu..

Stay up?

Bismillah..

Alhamdulillah..

Sekarang..aku berpeluang menyambung pelajaran di salah sebuah intitusi awam di malaysia.
Blablabla.(xde nk cite ape pon..)

Aku teringat pesanan atau kata-kata bekas ketua warden dulu..
"Masa tidur yang berkualiti bagi pelajar adalah daripada jam 12-2 pagi."
Sekian.*aku sndiri kena ubah habit tidur lewat mlm.kena ajar diri tidur dan bgn awal pagi.
(Tidur sekitar lepas solat isya' dan bangun kira-kira awal jam 3 pagi.)
#jom tajahud.

Kata guru..
"tahajud sumber kekuatan."

Thursday 7 August 2014

Izinkan aku mencoret lagi

Bismillah..^_^

Ini cerita raya tahun ni.2014. Syawal 1435.
Raya pertama..
lepas solat raya..pergi ziarah semua rumah ibu saudara sebelah umi aku.
Adik beradik sebelah abah aku,ramai yang menginap di luar Kelantan..tambahan pula,lepas atok meninggal..diorang dah tak balik Kelantan macam raya yang lepas-lepas.
Hanya ayah ngah je yang ada di Kelantan..baru-baru ni nk pergi beraya di rumah ayah ngah tapi ayah ngah pula yang takde..erm ~

Raya kedua.
Haziqah(achik),masa bulan puasa lagi dia jemput ramai-ramai datang rumah dia..katanya..kalau aku tak datang,dia nak smackdown aku. Adeh. Aku dah cakap..'aku x janji'..
Lagipon,negeri Kelantan kalau time cuti..memang kena bawak roti la..sebab memang selalu jem.
That's why la umi payah nak keluar.sebab malas nak menghadap jem. Hurm..pasrah.

Oh.aku pergi rumah achik ke tidak?
Ini yang aku nak cerita ^_^

Kan aku kata achik jemput aku datang an? Aku minta Fariana(adik yong) amik aku kat rumah umi ca aku..tapi,adik dah cakap awal-awal yang dia tak nak amik aku.
Malam raya ke2,adik hantar mesej."sori,aku x leh amik kau esok.."
Jadi,aku cuba contact Huda (along) ,along kata..dia akan cuba cari rumah umi ca aku.
Ringkas cerita..Anis (ateh) ada sekali.along tolong amikkan juga.
Dalam perjalanan diorang nak sampai rumah umi ca,sempat juga la diorang makan langsat.
Nasib baik time tu umi aku ada kat rumah. Aku terus bagi fon kat umi.biar umi bagitau ateh kat mana tempatnye.*aku tak leh nak jadi penunjuk arah.nanti orang makin sesat.hee ^_^ *

Alhamdulillah..sampai juga kami di rumah achik.
Sampai-sampai je.achik kata "hah.dah kenal rumah aku?" Rumah achik tepi jalan.senang la nak cari.tak macam rumah umi ca aku..jalan kampung,belok-belok banyak.huhu..
alhamdulillah..along dan ateh bersabar ~

Kitorang kat rumah achik lamaaa.sampai aku makan nasi 2 kali.bertambah pinggan pulak tu.
Kat rumah achik,jumpa Fatin Nabihah a.k.a Che Bie (acu),Nadhirah,dan lain-lain.
Adik sampai lewat.
Kawan-kawan yang lain sampai lewat,tapi balik awal.
Aku,along dan ateh sampai awal balik lewat.
Sebenarnya,memang hajatnya nak balik ..tiba-tiba kereta along kena block 2 kereta kat belakang.
Terpaksa bertapa kat rumah achik .*sampai hujan reda*
Raya ke3,malam tu,ada majlis raya alumni Maahad Muhammadi..plan punya plan..kononya nk qiam kat TTA(tadika Ust Abu dan Kak Atikah)..
Umi bagi je aku nak join majlis tu,cuma...takde sape yang nak amik aku balik lepas majlis tu selesai.
Bila aku kata nak qiam kat TTA malam tu..umi izinkan.

Selesai ape sume kat rumah achik,ateh dan along hantarkan aku balik.
Takut makan jem tengah jalan,diorang solat kat rumah umi ca dulu.

*erk.bateri tab dah nazak.maaf.nanti aku sambung lagi.In sya Allah..*

Sunday 20 July 2014

Cahaya?

Bismillah..

Tahun lepas -2013-
Pelajar asrama dijemput untuk ke Balai Islam,Lundang.
Kira pergi situ,tengok show kumpulan nasyid In-Team.
Time ni,calon STAM dekat-dekat nak Trial STAM.
Bak kata sahabat-sahabat aku,pergi Balai Islam kira release tension..
Ustaz Rahim gelak je bila dengar diorang cakap macam tu.

Kali ni,aku tak fokus pasal InTeam tu,(sebab aku tak rasa teruja pon bila jumpa artis)

Sebenarnya..ade pesta buku kat Balai Islam tu..kira,InTeam tu sebagai artis jemputan la..dan kami,sebagai tetamu..(macam tu ke?entah..hee)

Kat situ pon ade pameran perubatan Islam.
*sori.aku tak reti nk susun kronologi cerita*

Macam ni,beberapa hari sebelum tu,junior bilik aku ade cite,dia pergi pameran pesta buku kat situ..dia ada la cite pasal perubatan islam dan blablabla.

Aku rasa macam berminat. Bila ada peluang pergi sana..aku pergi la..

Sampai je kat Balai Islam..aku ngan sahabat-sahabat lain round tengok buku dulu.
Kitorang takde fulus lebih..so,window shopping buku je la..

Bila nampak booth perubatan islam tu..aku gi dekat.
Aku nampak junior aku ngan kawan-kawan dia dekat situ.
Kat situ boleh scan sama ada kita ni ada gangguan ke tidak.
Aku macam beria-ia nak cek.
Ustaz tu bagi kertas,suh tengok kat situ. Kalau ada tanda-tamda gangguan,bagitahu ustaz.

Tengok-tengok..aku ada la beberapa tanda gangguan.
Terkejut ke? Erm..agak la..aku x pernah expect pon selama ni aku kena gangguan rupanya..
ingat kan..benda biasa je..

So,aku cakap la kat ustaz tu..aku ada tanda-tanda gangguan uh..
Time tu,nampak macam takde harapan je nak kena scan..(manusia ramai time tu)
Aku memang dah pasrah dah..dalam hati..'fuh,selamat..'

Lepas tu,aku ngan kawan stil lagi duk kat booth ustaz tu..tengok-tengok barang kat situ sambil tengok adik-adik junior tengah kena scan.
Dalam pada aku tengah syok duk tengok barang kat booth ustaz tu..tiba-tiba junior aku,Izzati Hamidi panggil.. "K.ana meh.."
Time tu,semua kat situ tengok aku.ustaz yang scan tu pun tengok aku jugak. Aku rasa malu ke? Tak pun..
Aku rasa terkejut dan takut. Serta merta aku rasa macam terketar-ketar. Terus aku menyorok belakang kawan aku. Aku cakap "ha? Tak nak.." *geleng*
Izzati dah geleng kepala dah. Sekali lagi dia panggil. Aku still kat belakang kawan aku..
Last2, Izzati datang dekat,tarik aku duk depan ustaz. Aku tak tau kenapa aku rasa tak nak. Entah lah kenapa. Malas nak fikir.

Next?
Aku duduk depan ustaz.
Ringkas cite..
Lepas abis ustaz baca ayat ruqyah..ustaz suh aku bukak mata,tanya aku ade rasa ape.
Bila bukak mata..aku rasa pening.lepas tu rasa macam nak muntah.
Ha! Masa ustaz tengah baca-baca ayat,aku dapat rasa belakang telinga dan belakang badan aku panas.

Aku cakap semua yang aku rasa kat ustaz.

Daripada peristiwa malam tu,aku baru tahu,selama ni aku payah nak tidur malam,bila baca Quran kadang-kadang rasa macam nak muntah ..semua tu antara gangguan makhluk..

Lepas kena scan,hati aku terdetik "ouh..aku kurang cahaya rupanya.."
Kenapa aku cakap macam tu?
Sebab..
........

Tahun 2012,aku ditaklifkan(diamanahkan) sebagai ketua bilik.
Masa bulan Ramadhan,kami ada perjumpaan dengan salah seorang warden kami.
Setelah selesai mesyuarat,macam biasa..yang mana ada special kes,jumpa personal ngan ustaz.

Kes yang ni, sahabat aku,Hanis Hanani time tu aku teman dia jumpa ustaz..dia tanya kat ustaz pasal gangguan makhluk halus.(aku jadi pendengar je.)

Hanis ada bagitau ustaz,budak bilik dia selalu kena ganggu..bila baca ayat Quran,benda tu tak lari.
Nak tahu apa jawapan ustaz?
Ustaz kata..
" sebenarnya,syaitan tak takut pun dengan Al-Quran.mereka takut dengan cahaya yang ada dalam tubuh manusia tu.."

Aku dan Hanis sama-sama " oooooo..." (dalam hati aku,oo..baru tahu)
Ustaz sambung lagi "...sebagaimana kisah sahabat dulu..bila mana Saidina Umar r.a lalu pada satu lorong,syaitan tak kan lalu dah lorong tu,sebab akan terbakar dek kerana cahaya yang ada dalam diri Umar..begitu juga dengan kisah sahabat-sahabat yang lain..."

.........

Jadi,sebab tu la aku cakap macam tu..
Yup.memang aku kurang cahaya.amalan kurang.

Fikirla balik.
Amalan kurang.malas.kuat tido.<------- gaya macam ni ade rupa nak dapat cahaya ke?
Maybe ade yang tanya.. 'cahaya ape?'
Siyes.aku  pun x tau..moga Allah bagi faham.

Bila Allah bagi ujian kali ni macam ni..
Sebenarnya dapat muhasabah diri..

Aku kena kacau sebab aku yang tak kuat.

Ingat! Benda tu tak berkuasa pon..jangan fikir mereka kuat,bahkan Allah Maha Kuat.
Minta perlindungan daripada Allah dengan bersungguh-sungguh.

Benda tu pun makhluk Allah jugak..
Kalau Allah tak izin,diorang takkan mampu kacau aku. Yes,i believe that.

Mohon doa kalian juga agar aku terus mendapat kekuatan mencari cahaya tersebut..

Wallahualam.setakat ni dulu coretan kali ni.
Ada sebarang salah silap,sila tegur.
Wassalam.

Saturday 19 July 2014

Pengalaman Ujian Lisan STAM -2013-

Bismillah..

Entri kali ni rasa macam nak kongsi pasal pengalaman sendiri berkenaan ujian lisan STAM..

Tak silap aku,masa kitorang ujian lisan pun masa bulan Ramadhan juga.
Bak kata Ustazah..doa makbul kalau doa bulan Ramadhan ni..jadi,doa banyak-banyak agar dikuatkan memori hafalan kita.

Ujian lisan STAM, ada 3 maddah(subjek)..
1. Hifz Al Quran..
2. Hadith
3. Muthalaah..

Tahun 2013,memang rezeki kami dapat silibus baru.
Untuk maddah Hifz Al Quran,calon perlu hafaz 4 buah surah (surah Luqman, As-Sajdah,Saba',Fathir)
Haaa.....memang kena hadap semua tu..
Untuk hadis pulak,kalau untuk ujian lisan,perlu hafaz 12 matan hadis..
Bagi muthalaah..erm..kena prepare pengetahuan tentang nahu dan benda-benda yang berkaitan dengannya..
...................

Jujur aku cakap.,aku memang pemalas..(teruk kan?mohon jangan tiru.bahaya untuk masa depan anda)
Jadi,masa orang lain tengah kalut menghafaz,aku boleh slumber badak tido..
Dalam kelas..bukak Quran 2 saat,aku dah lena.
Bukak kertas hadis,baca 3 line,dah terbang ke alam mimpi dah.

Bab tido,memang sahabat aku Bazlin,terutamanya,fed up ngan aku.banyak kali dah dia pesan jangan tdo..tapi,aku buat donno je..still tdo mcm biasa.
*AGAIN.jangan tiru!nanti korang jugak yg merana nanti*

Ok.berbalik kepada ujian lisan.

Dalam masa tempoh yang ditentukan,memang aku buat slumber..kalau oranglain tengok aku,memang diorang boleh kata 'kau tak exam ke?'
Haa..sampai macam tu sekali..
Aku bukan nye otak cepat,sekali hadap dah boleh ingat.

Ingat lagi.masa tu kelas hadis. Ustazah kata,sape nak tasmi',boleh g kat ustazah. Untuk sesiapa yang dah tasmi' ngan ustazah 5 matan hadis dan ke atas,kawan yang lain boleh gi tasmi' kat dia..
Jadi,time tu,aku yang tengah mamai-mamai dalam kelas ni..tetibe rasa macam bersemangat nak gi tasmi'. Padahal aku langsung tak hafaz satu hapak pun lagi.
Aku tengok orang lain duk terkumat kamit hafaz hadis.
Aku? Tidur.haih..aku sendiri pun x tau ape nak jadi ngan aku nih..
Tetibe time tu,hati aku berbisik.
"Sampai bila aku nak jadi macam ni?kata target mumtaz..tapi x de rupa nak mumtaz pun.."

# nak lulus STAM,kena lulus ujian lisan dulu.
Nak lulus ujian lisan,antara caranya,kena hafaz 12matan hadis tu,even panel hanya tanya 3/4 matan je.

Kawan kelas,Anis Omar tanya.."weyh..ko dah hafal ke?relax je aku nampak..mesti dah banyak hafal kan?," lepas tu Anis sambung hafaz sambil menghadap aku.
Aku jawab."mana ade..x hafal satau hapak pun lagi.."
Anis tak percaya yang aku tak hafaz lagi.

Lepas tu,aku terus grab kertas hafazan hadis..terus hafaz. Mula dengan bismillah..dengan tekad dan yakin,aku cuba tuk hafaz slow2..alhamdulillah..2 3  matan hadis senang melekat kat otak.

Lepas tu,aku terus bangun,gi kat ustazah. Anis terkejut tengok aku gi tasmi' .
Anis kata "kau tipu aku kan?kata tak hafal lagi.."
"Haih..betul la..aku tak hafal ape pun..tadi baru hafaz.ok lah.selamat menghafaz"

Malas nak tasmi' ngan ustazah,aku tasmi' ngan kawan.
Janji tasmi'.
Alhamdulillah..daripada takde langsung..
Aku amik masa sekejap je untuk hafaz 12 matan hadis..tak silap..2 kali kelas hadis,kholas.(tapi,perlu kepada ulang dan ulang dan ulang laaa..)
*kholas = selesai
Aku selesaikan hafalan hadis sebab nak tumpu kat Hifz Quran plak..

...............

Nama aku start dengan W. Jadi..aku dapat la serba sedikit macam mana rupa soalan tu. Orang kata,hari ke3,soalan pada hari pertama diulang balik.

Macam biasa..aku relax je bila orang lain tengah kalut.(even byk lagi hafalan yg aku x beres)
Bukan ape..kalau aku kalut,nanti sume yang aku hafaz,hilang.
Jadi..bertenang and cool ~ kan3? *angkat kening sebelah 2 kali*

.......
Masa dalam bilik kurungan..aku dah mula rasa x sedap badan dah..time tu dah rasa kalut..bila murajaah(ulang) Hifz Quran,aku dah cuak..aku tak ingat!
Kawan duk kata "rilex2.." *diorang pun tengah cool down jugak sebenarnya*

Ringkas citer masa detik tibanya giliran aku. *fuh~ time ni baru aku rasa gubra,berdebar,semua benda aku rasa *
Semua benda yang di hafal rasa macam terbang melayang..
Bila nama kena panggil(time ni nama dipanggil just tuk ready kat luar bilik panel)..
Aku berjalan takut-takut..dalam hati,'amekaw,relax sgt kan?'

Aku pilih tuk duduk kat meja luar sambil renung + scan balik ayat-ayat yang dihafal..
Time ni memang dah cuak tahap ghaban..

Tarik nafas...hembus..
Cuak dan adik beradik gabra x hilang jugak..rasa macam nak nangis..
Takleh nak buat ape,aku tutup Quran.
Aku pejam mata,cuba untuk tenang kan diri sendiri.
Aku bisik kat hati..
"Ingat..semua kuasa ingatan dan memori kau milik Allah..Dia berhak ke atas apa kau kau hafal selama ni..jadi,sekarang..serahkan segala-galanya kepada Allah.."

Lepas tu,baru aku rasa tenang..
Alhamdulillah..

Tak lama kemudian,nama aku dipanggil.

Bismillah..

........

Mula-mula..calon akan ditanya soalan maddah Hifz Al Quran dulu,kemudian,Hadith dan Muthalaah.

Yang aku still ingat..(ini part yang memang berdebar sekali)
Untuk soalan Hifz Quran.
Bila panel baca kepala ayat,aku dah terbayang muka surat mana.
Ups! Muka surat tu aku tak berapa nak lancar!..

Buat-buat konfident,aku baca balik kepala ayat yang panel tu baca..bila nak sambung,panel sorang lagi tu tengok soalan ujian lisan aku.
U know what? Rupa-rupanya panel tersalah bagi soalan dekat aku..
Bila tukar soalan..
Alhamdulillah..kena dekat muka surat yang aku lancar.

Walaupun ada jugak part yang aku x leh nak teruskan..panel tu tolong..

Trust me..
Memang calon STAM atau mana-mana calon exam sekalipun,kena banyak-banyak doa.

Asatizah kami ada ajar,antara doa time exam,korang doa la sekali,biar Allah lembutkan hati panel korang nanti..

Kenapa? Tengok macam kes aku.

Percaya dan yakin.Allahu musta'an..
Allah adalah sebaik-baik penolong.
Sebanyak dan sekuat mana pun usaha kau menghafal,kalau Allah tak izin..takde guna jugak..

Doa doa doa doa.
Doa itu senjata mukmin kan?
Lupa?
Kita hanya hamba.
Tugas kita berusaha.natijah,biar Allah yang beri.

Wallahua'lam..setakat ni dulu kot coretan kali ni.

Kalau ada apa-apa salah silap,terkasar bahasa,mintak ampun,mintak maaf.
Salah silap,harap ditegur.

Friday 18 April 2014

Masalah

UBismillah..
Fuh..*berhabuk.uhuk.uhuk.uhuk.*
Simple bab masalah.
Act.
Aku tahu nak start macam mana pasal ni.*hee*
Teringat tahun lepas..
Tak silap aku la..Aisyah Zulkifli selalu sebut."jangan fikir masalah kita besar,sebab masalah negara lagi besar.."
Time ni,aku nampak Aisyah cakap kat salah seorang daripada kami. Macam biasa la kan..manusia tak pernah sunyi daripada masalah.
Time tu,aku terfikir jugak ayat yang dilontarkan oleh Aisyah.
Masalah negara?negara ada masalah ape?
Sekarang..baru aku nampak ape itu masalah negara :)
# pengajaran : jangan mudah menghukum sesuatu perkara tanpa usul periksa.
Betul lah..tak usah fikir " haish..besor nye masalah niiiiiii.."
Tapi fikir.."masalah?ala,small matter(even bnda tu memang besar pun.) "
Kawan-kawan aku pernah pesan.."be positive"
Ape yang nak fikir sangat tentang masalah tu? Tak payah pikir..
Cuma..perlu fikir apa penyelesaian kepada masalah tersebut.
Haa..betul jugak an?kalau fikir tentang masalah tu..sampai bila pon akan pening..
Ehem.
Lupa?
Kita ni hamba. Hamba Ilahi.
Jadi,siapa yang beri kita 'test'?
So? Just keep praying.
Doa doa doa doa.
Allah dengar.bahkan Dia Maha Mendengar setiap luahan isi hati hambaNya.
#husnuzzhonbillah.
#bersangka baik dengan Allah..
#Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
Kadang-kadang hadiah itu dibungkus dengan ujian yang mana kita perlu berusaha untuk mengangani ujian itu dahulu ,kemudian barulah kita boleh tahu apa hikmah dan isi hadiah tersebut.
Kan?

Tuesday 15 April 2014

Letter daripada dia..

Malam baru2 ni..terbuka buku nota SPM/STAM..
Dalam buku tu memang banyak kertas yang aku selit..
Tiba-tiba ternampak sepucuk surat..bila tengok.,
Rupa-rupanya surat si dia BB..terjeda sebentar..

Sebenarnya ini surat balas daripada dia..
*peace*

Seingat aku la..masa aku hantar surat kat dia..waktu tu adalah waktu yang genting..nyawa ibarat di hujung tanduk..
Erm..

Masa ni aku rasa down sangat-sangat..rasa ada yang takkena dengan diri..
Lantas,tangan ni laju je mencoret kata untuk si dia..

Mungkin timbul tanda tanya.."kenapa perlu tulis surat?"
Erm..entah la..aku tiada jawapan untuk itu..
Bagi aku..aku lebih suka berbicara dengan sahabat-sahabat aku melalui tulisan..
Sahabat-sahabat aku ni..kalau time bercakap atau berbual..isi tu ada..(tapi,aku ni jenis pelupa..*hiho*)
Cuma..banyak yang tak terluah dengan kata-kata..(aku tahu tu,.)
Kalau diorang mencoret kata-kata..
Fuhh..nasib baik tak abis habis dakwat pen..(ngeh2..)

Lagipun..aku tak tahu time bila diorang ni semuanya buzy..
Jadi..aku fikir..biarlah diorang baca dan balas surat aku time diorang free..even diorang lambat balas pon..aku tak kesah..(dah lali dengan orang buzy..)

Berikut adalah surat balas dari si dia..miss BB..
_______________

Salam Habibaty Hamimah (kekasih yang dikasihi)

Buat sahabat yang dikasihi Allah dan semestinya dirindui Baginda Rasulullah..
Ku memohon maaf andai terlambat 'reply' surat...^_^ so sorry

Hmmm...apabila teringat ayat itu..أرح نفسك عن التدبير....
Rasa macam dihiris-hiris jer hati ini..teringatkan Murobbi..kalam Murobbi..
Rindu..Dahulu kalanya kita bersatu hati di dalam 1 halaqah..bersama Murobbi..
Sekarang..masing-masing dengan urusan sendiri..dan Aku pasti..Murobbina juga amat merindui kita semua..T.T lirik matanya,senyumannya..walaupun hanya pandangan dari jauh..tapi, dapat dibaca air mukanya yang merindukan Mutarobbi(anak murid) nya.
Jadikan doa sebagai ekspresi rindu buat Murobbi.. : )

"Rehatkan diri kamu dari mentadbir.."
Kita hamba,kita abid..
Siapa kita untuk mentadbir dunia,orang lain,bahkan diri kita sendiri..??
Kalaulah kita yang mentadbir diri kita sendiri, nescaya rosak,hancurlah kita..
Jadi,rehatkan diri dari mentadbir..usaha..dan serahkan segala urusan pada Allah Yang Satu..
Sahabat Nabi pernah berkata.."Ya Allah,jangan kau biarkan aku menguasai (mentadbir) diriku sendiri,jika tidak,punah-ranahlah hidup aku.."
Kita hamba..abid,raqiq..biarkan tuan kita yang mentadbir kita.. Dialah yang berhak..
Manusia ,akan mentadbir dirinya dengan hawa nafsu..sifat ammarah..kan?? : )
Huhu..hanya itu yang dapatku tulis ..(tapi kalu kecek sero luok telingo nk dengar..panje berjelo-jelo ) hahah..sorry ea..

Oukey..Buat yang terbaik untuk STAM! 10 MUMTAZ! You Must Get It!

"Tido sokmo lewat,rehat tak cukup,ngapa-ngapa pah x ingat semula..n so on.."
Tu semo alasan..seksolah diri untuk beberapa hari yang tinggal lagi ni sebelum STAM..Bia susoh loni..Janji result gempak! OXX semeta..
Semeta jah lagi..(nok abih doh diploma kito ni..OXX OX)
Lepah STAM pahni, nk tido sapa petey pun loh gi lah..nl denga lagu pah ceroh pun loh gi lah..haha..Loni..struggle..buat hok mano dey..kalu nk kiro banyok,meme banyok ,senok otok jugok ni nk ngapa sumo..tapi kena ingat..kalu x leh ngapa semo..jange tingga semo..Biar sikit pun,asalkan berkualiti : )
                                                                                                  10MUMTAZ! '13'
_________
A : weh..STAM x lamo doh ni..tapi aq macam down jah..

B : Ai,guano kiro mu?mu ado masaloh ko?ko ado ore masuk?

A : Ui!! Bapak kau! Mano ado .. Taulah..aq down ah..banyok ngapa..pah ngapa-ngapa x ingat..gano ni deeerrrrr....^^

B : ohh..rilek brother,rilex2..kito nk ngapa ni keno teney..so lagi,mu ingat, ni exam last doh..jadi wat yang terbaik..sebagai hadioh ko cikgu2..(termasuk ust mohd.nor) n ma abah mu..sepyo letok harapan tinggi.. : )
   
                                       Nik-koh-ya-man-
_____________

Abis baca dah?
Huhu..perit weyh..bila hafal..hafalan tu melayang..
sape yang pernah rasa..memang boleh cakap la..

Bak kata guru.."belajar untuk serahkan segalanya kepada Allah.."

Wallahualam..
#allahumma solli ala muhammad..♥

Sunday 13 April 2014

alhamdulillah

alhamdulillah..
erm..otak aku dah kering idea nak melakar kata-kata..
bak kata sahabat.."tak pe la..nanti idea datang kau tulis lah.."

act..semua dialog tuh dalam loghat kelantan..
kalau aku yang melakar kata..memang dalam kL lah..hehe..

sori eh korang..
aku rasa..kalau aku tulis dalam loghat kelantan..lagi meleleh air mata diorang bila baca balik kisah-kisah ni..

saje nak amik port tulis tentang cerita kita..
rasa-rasanya..kalau diorang melakar kata..lagi best kot.sebab diorang sendiri yang rasa..

kata mereka,aku tak punya perasaan..ape yang berlaku..aku selalu je buat muka selamba macam takde ape pun yang berlaku..

haha..itu depan korang la..saje taknak tunjuk..

lagipun..ape-ape yang berlaku..aku cuba terima dengan hati yang terbuka..meskipon jerit perih harus ku telan..

yang paling perit sekali time STAM ni..ape yang dihafal langsung tak melekat..
haa..sape yang pernah lalui,dia boleh cakap la..

nampak sangat hati ni kotor..
astaghfirullah..

bak kata Ustazah Rogayah..maddah dalam Stam ni semuanya maddah syurga..
iye la..semuanya memerlukan kepada teknik hafalan..

sape yang malas ..memang perit la kalau nak go on dalam exam (diri sendiri..eheh)

erm..setakat ni dulu kot..
wallahualam..

Kisah 4

Uhuk.uhuk..tumpang batuk kejap..
Sambung lagi eh?

Berkenaan dengan penginapan..
Masa hari pertama tu,Shafiyah dan Bazlin tak join tidur kat maktabah sekali..
Sebabnya..diorang dah dapat tempat kat asrama 3..

Entah macam mana lepas tu..diorang turut ikut menginap di teratak maktabah itu..
Masa diorang nak angkut barang daripada asrama3 ,,aku tolong angkutkan sekali..(nak berjalan-jalan cari angin..huhu..)

Serius lah..awal tahun 2013 memang perit sangat nak ditelan..rasa macam berduri je kisahnya..
Sampai satu tahap..Shafiyah mengalirkan air mata..

Zup! Aku dan Bazlin terpana..kami terpandang antara satu sama lain..
(Bukan apa..sebelum ni payah nak tengok Syafiyah menangis..)
Cepat-cepat aku dan Bazlin pujuk dia..
"Ilek weyh..sabar.."

Aku gosok dada time tuh..
Terkejut..
Shafiyah yang payah nak mengalir air mata pun..empangan air mata dia pecah jugak ari tuh..
Aku?
Entah lah..*perit*
Siapalah kami ini..huhu..*tetibe*

Reaksi Bazilah and the geng?
Tak yah cakap..aku tengok dari jauh pun dah tahu ape yang diorang rasa..
Ade je yang duk ulang "sedihnya.."
Tak ingat dah ayat lepas tu..
Style Aisyah..geleng kepala,tunduk.

Erm..
2 tahun aku duduk bersebelahan dengan Shafiyah..
Tapi,untuk tahun 2013 ..aku terpaksa relakan diri untuk duduk sorang-sorang..huhu..*ape2 je la*
Dalam kelas 6K2..antara penghuni kelas tu..Hanani,Anisah,Hanis Atiqah(dia duk asrama luar)..

Selalu time rehat je..aku gi kelas diorang..
Time tu tak berapa kenal dan rapat lagi dengan budak kelas 6K3..so..aku fly away je la..
Kalau tidak ke kantin..ke kooperasi..kalau tidak ke kooperasi..ke mana-mana sahaja..

Dalam kelas 6K3..(sebelum rombakan kelas)
Ade Anbar,Aasyiqin,Anis,Fariana,Hanis Hanani,Amy,...(ramai..aku x tak ingat..jangan marah au.)

See? Tak rugi pun kalau pasrah dengan ketentuan Ilahi..
Diri sendiri yang untung ade la..
Berpisah kelas pun..boleh jumpa lagi kat asrama..kan?huhu..

Lagipun..prinsip aku..'berkawan dengan semua orang..tapi,bersahabat pilih lah'
Muslim itu bersaudara kan?

Dapat kawan baru.*yey!*

Balik je sekolah..jarang nak dengar kisah gembira..ade je yang tak kena..
Reaksi aku?
Macam biasa..hanya mampu tadahkan telinga..

*orang kata aku manusia yang tak punya perasaan*
Haha..I admit it..

Untuk situasi tu..tak kan la aku tetibe nak mengalirkan air mata juga? Aku taknak tambahkan lagi kedukaan mereka..
Duka yang aku rasa..biarlah aku je yang rasa..
Huhu..
Ok.

Wallahualam..

Saturday 12 April 2014

Tercicir..

Ni kisah kelas pulak..sebelum ni pasal asrama an?

Tak berapa nak ingat mana jugak nih..sikit-sikit je..
Time senarai nama ditampal di muka pintu kelas..
Semua duk serbu pintu..

Alhamdulillah nama aku tersenarai..
Susunan kelas mengikut keputusan SMU..
Bazilah and the geng ..semua kat kelas 6K1..
Aku je tercongok kat kelas 6K3..
Tak pe lah..tak heran pun duduk kat mana -mana..
Dapat kawan baru..huhu..

Erm..dalam ramai-ramai geng maktabah..ade juga beberapa orang yang nama mereka tercicir..x tersenarai dalam list pelajar STAM 2013..
Antaranya Bazlin dan Qistina..
Lepas jumpa ustazah..diorang kena duk kat kelas 6K5..
Kata Bazlin..dia tak sanggup nak duduk kat kelas tu..Qistina pon..
Tambahan pula kawan-kawan ramai duk kat kelas 6K1..lagi la..
Macam terpisah jauh gitu..

Aku?
Rilek jer..
Selalu je balik sekolah..dengar cerita diorang yang bernada syahdu..tumpang dengar..

Ha.yang takde nama tadi tuh..
Kata ustazah..beliau pon tak boleh nak buat ape..sebab..tahun kitorang..YIK yang uruskan..
Ringkas cerita..kena berurusan sendiri dengan YIK..
Alhamdulillah..beberapa hari lepas tu..nama mereka dimasukkan ke dalam senarai kelas 6K1..

*balik sekolah*
Selalu dengar suara rintihan sorang nih..
" kenapa la nasib kita macam ni?sedihnya,."
Dalam hati aku bermonolog.."bersabarlah wahai sahabat-sahabatku..pasti ade hikmahnya"
Biasanya lepas dengar diorang bercerita..aku terbang ke tempat lain..(budak tak leh nak duk diam)

Bermula dari situ lah..mereka bertekad untuk melonjakkan nama dalam mencapai 10 Mumtaz dalam STAM..
Sekaligus untuk menaikkan nama sekolah,khususnya nama asrama..(macam nak balas dendam )

Jujur aku katakan..
Kami ini seolah-olah dianaktirikan..
Macam takde sape pon peduli akan nasib kami..
Tak macam masa SPM dulu..

Tapi..pada pandangan peribadi aku..
Biasalah kalau jadi anak sulung..memang akan rasa macam tu..
Hakikatnya..anak sulung lah yang paling disayangi sebenarnya..
Cuma..cara layanannya agak berbeza berbanding dengan yang lain..

Kalau tengok dari segi layanan guru-guru STAM sekali pun..
Memang agak menyakitkan hati..tapi..mereka sayang sebenarnya..
Cuma kita je yang tak nampak yang tersirat tuh..

Aku ingat lagi..
Ade sorang ustaz nih..time tu dalam kelas..(Ustaz Anuza)
"Betul ke nak amik STAM ? Baik tak payah lah..STAM ni susah tau.."
Ergh..dah la ustaz tu mengajar maddah Adab Nusus..
Antara subjek yang aku alergik sebenarnya..tak sangka pulak dalam STAM pun ade subjek nih,.
(Nasib baik lulus maddah nih..)

Layanan antara guru memang agak berbeza..
Ade yang cadang supaya kami terus mengambil STAM..ade tu yang awal-awal lagi dah 'halau' sape yang tak serius nak belajar..bukan ape..nanti mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran..

Ade seorang guru tu..
Beliau selalu ulang..kalau sape-sape yang jarang datang sekolah..beliau akan potong nama..
Ape -ape je..potong nama..
Hehe..kalau aku tak mention kat sini pon nama ustazah tu..sahabat-sahabat pon dah meleret senyumnya..
Kan?

Hurm..
Teringat pesan Ustaz Akmanizam..
Sebelum keputusan SPM keluar..baik datang sekolah dan belajar seperti biasa..
Ilmu ni..bukan senang nak dapat..
(Tak ingat dah ape lagi pesanan beliau.)

Awal-awal lagi aku dah bertekad tuk amik STAM..lantak lah orang nak cakap ape pun..

Bagi aku..kalau tengok kawan - kawan atau sesiapa sahaja yang amik STAM ni..diorang unik sebenarnya..(aku tak termasuk)
Iye la..maddah dan silibus  dalam STAM bukan macam SMU..
Ade maddah baru yang aku tak pernah dengar pon..
Sebagai contoh..
-maddah Arudh wal Qawafi..
-maddah faraid
-maddah Mantiq

Rasa berat kan?tapi..itu yang manis sebenarnya..
Sape yang pernah lalui..dia tahu la macam mana rasa peritnya dalam meningkatkan diri demi meneruskan perjuangan ke garisan penamat..

Wallahualam..
Setakat ni dulu..
Andai ada salah silap..
Mohon ampun dan maaf..

Bermulanya kisah..(bahagian 2)

Kat mana dah?
Okey.
Maktabah an?

Erm..time tu..dalam fikiran kami..
Dalam maktabah tu kosong..bla.bla.bla.bla.
ok.stop.

Bukak je pintu maktabah..
"Waaaaaaa....(teruja)..subhanallah..cantiknya. maktabah berwajah baru.."
Semua muka teruja..termasuk aku..
Kat dalam tu.,nampak ada loker,katil,tilam dan bantal yang baru..(bukan untuk kitorang pon..)
Macam biasa..maktabah tempat letak barang-barang baru pada awal tahun (pengalaman jadi ajk USPB)

Erm.
Nampak semuanya ceria sikit..
(Lupa dah lepas tu jadi ape..eheh..)

Malam tu..murobbi kata nak naik maktabah,.nak jenguk kitorang..
Huhu..dah jadi anak sulung sekolah dan asrama kan?
macam terubat sikit luka pagi tadi..
Ada jugak la insan yang sudi pedulikan kami..huhu..

Kata murobbi..kami adalah generasi pertama yang sudi duduk dan menginap di sini( buat sementara waktu)..kalau tak,.alamatnya,jadi lembah puaka la maktabah ni..

Tak silap..malam pertama tidur kat situ..hanya beberapa orang saja..geng-geng Hanis Hanani pun ade..tapi diorang gi tidur kat tempat lain..jadi..tinggal beberapa kerat je yang ada kat maktabah malam tu..

Kata murobbi lagi..
Kami boleh guna semua yang ade kat atas maktabah (tilam,loker,bantal)..
Ohoo..macam nak melompat je rasanya..tapi..semua cover tak nak bagi nampak macam bahagia sangat.
Padahal dalam hati duk kata " yes..huhu.."
Nampak la muka 'kanak-kanak riang ' ni semuanya meleret je senyum..(ingat aku tak tahu?haha..)

Jadi ..lepas murobbi turun pulang kembali ke terataknya itu..
Maka,bermulalah projek kami..
'Projek memasang katil dan pemilihan loker serta aktiviti berebut bantal..'
*semuanya still tak matured lagi walaupon usia sudah menjangkau anak sulung sekolah..*

Pukul 12 malam duk ketuk pasang katil lagi..
Ade tu..siap nak jadi spiderwoman sebab melekat kat loker..(loker baru la katakan..)
*amik gambar siap*..haha..

Malam kedua baru susun katil dan loker elok-elok..

Hari ketiga persekolahan..pagi tu Bazilah and the geng duk kat dataran intizor..
Ustaz Lokman kata.."dah ada bilik yang kosong..bila nak masuk?"
Diorang jawab.." kami rasa jiwa kami dah sebati ngan maktabah.."

Kuang.kuang.kuang..
Baru tiga hari..dah cakap sebati.haha..diorang ni memang..

Biasanya,pagi-pagi aku memang jarang nak duk ngan sape-sape..
Ini pon diorang yang cerita..

# dataran intizor = ruang menunggu
Biasanya,ramai pelajar yang lepak kat sini dulu sebelum masuk ke kelas..
Aku pun salah seorang daripadanya..(kadang-kadang)

Wallahualam..

Bermulanya kisah..

Tahun lepas..aku dengar keluhan sahabat-sahabat.."takde sape ke nak tulis kisah kita nih?boleh buat novel rasanya.."
Ehe..meh aku nak tolong tulis..tapi..maybe tak sama dengan apa yang korang rasa..

Awal tahun..macam biasa..aku datang asrama..datang naik bas dari selangor..
(Musafir mencari ilmu..eheh..)
Hari tu..sehari sebelum hari persekolahan..banyak wajah baru yang aku dapat lihat..suasana kekalutan ajk USPB(unit sambutan pelajar baru) menyambut kedatangan ahli keluarga asrama yang baru..
Bla.bla.bla.tak nak citer la pasal tuh..nak citer pasal aku n the geng nih..hoho..

Seingat aku..aku datang dengan membawa beg yang amat besar..payah nak gi sana sini..
Mata aku duk cari batang hidung kawan-kawan..time tu kat dataran intizor(dataran menunggu)
"Mana yang lain?.."
Tak lama lepas tu..nampak la muka diorang yang suci dan murni plus kiut tuh...ceh..haha..(sahabat.korang jangan terbang eh..)
Tak silap..yang ade time tu..hanani,bazilah,wan nor najihah..ade lagi yang lain..tak ingat sape.(terukkan ?)korang jangan marah eh..

Bila diorang sampai..kitorang terus cari Ustaz Lokman..
Sengih je muka time nak jumpa ustaz..
" ustaz..kitorang duk kat bilik mane nih?.."
Aku lupa jawapan ustaz..tapi,lebih kurang macam ni la jawapan ustaz..
"Antunna balik lah dulu..seminggu dua lagi..datang balik..try tengok ade kosong ke tak.."
Serentak ramai-ramai terkejut..

Dush.dush.
Tetibe rasa macam .......krik.krik....semua muka tunduk.
Aku bermonolog dalam hati..
"Ustaz..ana nak balik mana?malas nak susahkan mak cik..aduh..macam mana nih?"
Aku tengok muka sahabat yang dari Kelantan sendiri pun terkejut,.
Diorang pon jauh juga..kalau tak..takde la duk asrama kan?

Lepas tu salah seorang daripada mereka kata,.
"Aih..tak kan la nak balik umah balik,tak leh jadi.."

Jadi..ramai-ramai la berjalan menuju ke destinasi yang tak tahu nak menghala ke mana..
Kitorang pon berjalan ke arah blok C..mencari figura itu..
Tak lama lepas tu..ahah.jumpa pon..

"Ustaz..macam mana ni..tak kan la kitorang nak balik rumah balik..tak kan la nak berulang,."
Semua buat muka sedih dan kecewa..
Aku just tunduk je..sambil tengok muka ustaz dan sahabat-sahabat yang lain..
Muka ustaz macam sedih jugak..uhu..ye la.,anak murid sedih..guru pun turut merasa..
" boleh je nak adjust..nanti saya try tanya ustaz lokman..kalau korang duk atas maktabah pon boleh kot.."

Uhuk.uhuk.
Atas maktabah? Okeyyy....
Nampak la sikit muka diorang macam ceria dan bersinar sedikit..
" tak pe la ustaz..kat mana- mana pun..asalkan ade tempat kitorang nak duduk.."
Alhamdulillah..tapi..itu baru cadangan ustaz..fuhh.

Lepas tu..kitorang jalan-jalan lagi..sampai la duk depan pejabat sekolah..
Terserempak dengan mudir..
Mudir : eh..semua ni tingkatan berapa? Tingkatan 4 ke?
Kitorang : eh.bukan..tingkatan enam..
Mudir : ouh..ingatkan tingkatan 4..kecik dekpon..
Nampak macam diorang sengih sampai ke telinga..ye la..orang teka diorang form 4..perasan muda..
Haha..ok.sambung..

Mudir : hoh..kenapa semua ni?
Kitorang : ustaz..kitorang nak duk kat mana? Ustaz Lokman suh balik berulang seminggu dulu baru datang tanya asrama ade kosong ke tak..kalau nak duk rumah sewa..ustaz pon tak bagi..
(Cepat-cepat mudir kata takleh..)
Memang peraturan sekolah..pelajar-pelajar dilarang duduk di rumah sewa..

Huhh..ni baru kisah nak cari tempat duduk nih..hari pertama aku sampai di Kelantan..
Erm..belum masuk bab nak masuk kelas lagi..

Erm..
Maktabah? Ok la..macam la tak biasa duk kat maktabah an..
Hanya lantai kayu semata..nak tidur pon..takde tilam..kalau ade..itu rezeki..
Biasanya..tidur kat maktabah berlantaikan tikar.
Oho.baru teringat.tahun sebelum tu..bumbung maktabah runtuh..
Adui..macam mana la nanti..harap baik-baik je semua..

To be continue...

Ade apa dengan STAM?

Bismillah..
Erm..ade ape dengan STAM?
STAM? ---> Sijil Tinggi Agama Malaysia
Semua subjek yang dipelajari dalam STAM..semuanya dalam bahasa arab dan semuanya memerlukan kepada teknik penghafalan..
Kalau ada sesiapa yang tak sanggup nak menghafal..nasihat guru-guru..baik tak payah amik..bukan ape..nanti diri sendiri juga yang merana..
Sebenarnya..aku salah seorang daripada mereka yang malas nak menghafal..tapi kena hadap jugalah..
Salah satu sebabnya..aku tak minta mana-mana institusi pengajian pun lepas keputusan SPM keluar..
Aku hanya mohon ke matriks.
Aku dapat tawaran ke matriks..tapi..umi abah tak bagi..kata mereka..just go on je la dengan STAM tuh..

Dulu..seingat aku la..aku tak target nak amik STAM pon..
STAM?ape tuh?
Erm..
Aku jadi minat nak amik STAM ..masa trial SPM.
Hoh..trial SPM ..bukannya time SPM..tengok..senget tak aku?hoho..
Ingat lagi..time tu lepas makan petang kat asrama..
Aku call umi.. "umi..kakak rasa nak amik STAM la tahun depan.."
"Aih..habiskan SPM dulu.." ..balas umi.
Aku dapat dengar suara umi macam marah kalau aku nak amik STAM..huhu..
Ye la..trial SPM pun tak lepas lagi..

Ingat lagi time halaqah dengan murobbi dalam urusetia..
Time tu aku belum lagi rasa nak amik STAM..
" barisan ni nih..saya dapat rasa tak de pun yang nak sambung STAM.." (sambil tangannya menunjuk ke arah kami)
Aku tak terkejut pun kalau murobbi cakap macam tu..sebab aku dah sedia maklum dengan kuatnya instinct dia..
Dan..berkemungkinan lepas daripada hari tu la..aku dah mula tertarik dengan STAM..dan call umi.

Ape yang ade pada STAM? Hanya yang pernah lalui je boleh cakap ape yang dia rasa..

Bagi aku..nak amik STAM lagi perit berbanding dengan SPM..(time SPM aku tak serius langsung..masa real SPM baru aku bukak buku baca,hoho..betapa malasnya aku,.)

Awal tahun..tot..tot..to be continue..

Friday 11 April 2014

tot..tot..tot..

bismillahirrahmanirrahim..
fuh.berhabuk..hehe..
bukak fb..ramai sahabat throwback pasal zaman sekolah dulu-dulu..
ok fine.aku rindu zaman tuh..
kali ni..nak tulis pasal ape eh?
erm..
okeyh..(banyak benda)
.
.
.
krik.krik.
tak tahu apa nak dikata..

Friday 14 March 2014

keruan?

tak keruan?
kenapa?
entah..haha..(senget..)
kawallah ketidak keruanmu itu..
serahkan segalanya padaNYa

andai tiba saat dan ketika..ia pasti bertamu..
sama ada jodoh atau maut yang menjemput dulu..

cinta itu fitrah insani..
cuma..lihat bagaimana manusia mengawal rasa cintanya itu..

maut?
ia tidak kenal usia dan ketika..
tiba saat dan waktu..ia juga akan bertamu..

lantas..persiapan yang mana yang lebih penting?
tepuk dada tanya hati..
"hati..kau ok tak?"

Monday 24 February 2014

Ujian dan dugaan?

Semalam..
Dengan takdir Allah..luahan isi hati seorang sahabat akhirnya terluah padaku..
Sungguh..andai bisa..aku akan memeluknya.
Namun..apakan daya..
Hanya Allah je yang mampu tenterankan hati nya yang lara..
Masalah yang kita hadapi..pasti punya penyelesaiannya sendiri..
Duhai...
Tenanglah..
Setiap apa yg Dia beri..pasti ada suatu perkara yg tersembunyi di sebalik setiap perkara..
Duhai..janganlah kamu kecewa dengan apa yang ditentukan buat kamu..
Berbahgaialah kamu kerana menjadi antara hambaNya yang terpilih..
Itu tanda Dia tidak mahu kamu terus hanyut dalam amukan dunia yang menggila..biarpun di mata kamu ianya hanya ibarat angin sepo2 bahasa..eheh..

Sunday 16 February 2014

Ermm.

Alhamdulillah..setelah sekian lama..kali ini baru aku berkesempatan mencoret sedikit kata2 ku di sini..
Hurm..
Sungguh..aku x tipu..aku rindu nk tgk dye tulis khat..
Aritu..masa nk sambut maulud kat tmpat kerja..aku kena tulis sikit tulisan jawi atas kain rentang..
Mlm tu..aku anta mesej kat dye..minta tolong guide kan tulisan .
Erm..dh la time tu dye nk siapkan assignment..sanggup dye nk siapkan dulu kerja dye tu..then nk tulis khat and antar gmba kat aku..
Siyez..terharu gilerr..
And..problemnye..dye dah siap tulis..tapi x leh nk send pic kat aku..
Erm..kesian plak..
Aku dapat rasakan time tuh..dye rindukan aku..
Seems macam annoying jerk..tapi..erm..mcm tu la..aku x tipu..
Macam ni rupanya Allah tautkan hati kitorang..dgn tulisan khat..
X lama beberapa mggu pas tu..aku bkak email kat opis..bru perasan yg dye antar gmba khat kat aku..siyez weh..menitik air mata aku..
Ntah la knp..
Huhu..
Kelmarin dulu kot..aku ade antar kat dye tulisan2 fren fb kat wechat dye..dye ingat kan..itu tulisan aku..dye kata makin cantik..
Haha..aku ckp..itu tulisan fren fb..bukan tulisan aku.
Aku dpt rasa..mgkin dye agak kecewa dgn aku..
Haih..smpai bila la aku nk lukakan hati kau..
Meskipun aku x nmpak riak wajah kecewa kat muka dye..tapi aku dapat rasa..feel deep inside..
Ni ke instint sahabat?
Ntah..
hanya Allah je yang tahu..
# moga Allah jaga hubungan kami..