Sunday 20 July 2014

Cahaya?

Bismillah..

Tahun lepas -2013-
Pelajar asrama dijemput untuk ke Balai Islam,Lundang.
Kira pergi situ,tengok show kumpulan nasyid In-Team.
Time ni,calon STAM dekat-dekat nak Trial STAM.
Bak kata sahabat-sahabat aku,pergi Balai Islam kira release tension..
Ustaz Rahim gelak je bila dengar diorang cakap macam tu.

Kali ni,aku tak fokus pasal InTeam tu,(sebab aku tak rasa teruja pon bila jumpa artis)

Sebenarnya..ade pesta buku kat Balai Islam tu..kira,InTeam tu sebagai artis jemputan la..dan kami,sebagai tetamu..(macam tu ke?entah..hee)

Kat situ pon ade pameran perubatan Islam.
*sori.aku tak reti nk susun kronologi cerita*

Macam ni,beberapa hari sebelum tu,junior bilik aku ade cite,dia pergi pameran pesta buku kat situ..dia ada la cite pasal perubatan islam dan blablabla.

Aku rasa macam berminat. Bila ada peluang pergi sana..aku pergi la..

Sampai je kat Balai Islam..aku ngan sahabat-sahabat lain round tengok buku dulu.
Kitorang takde fulus lebih..so,window shopping buku je la..

Bila nampak booth perubatan islam tu..aku gi dekat.
Aku nampak junior aku ngan kawan-kawan dia dekat situ.
Kat situ boleh scan sama ada kita ni ada gangguan ke tidak.
Aku macam beria-ia nak cek.
Ustaz tu bagi kertas,suh tengok kat situ. Kalau ada tanda-tamda gangguan,bagitahu ustaz.

Tengok-tengok..aku ada la beberapa tanda gangguan.
Terkejut ke? Erm..agak la..aku x pernah expect pon selama ni aku kena gangguan rupanya..
ingat kan..benda biasa je..

So,aku cakap la kat ustaz tu..aku ada tanda-tanda gangguan uh..
Time tu,nampak macam takde harapan je nak kena scan..(manusia ramai time tu)
Aku memang dah pasrah dah..dalam hati..'fuh,selamat..'

Lepas tu,aku ngan kawan stil lagi duk kat booth ustaz tu..tengok-tengok barang kat situ sambil tengok adik-adik junior tengah kena scan.
Dalam pada aku tengah syok duk tengok barang kat booth ustaz tu..tiba-tiba junior aku,Izzati Hamidi panggil.. "K.ana meh.."
Time tu,semua kat situ tengok aku.ustaz yang scan tu pun tengok aku jugak. Aku rasa malu ke? Tak pun..
Aku rasa terkejut dan takut. Serta merta aku rasa macam terketar-ketar. Terus aku menyorok belakang kawan aku. Aku cakap "ha? Tak nak.." *geleng*
Izzati dah geleng kepala dah. Sekali lagi dia panggil. Aku still kat belakang kawan aku..
Last2, Izzati datang dekat,tarik aku duk depan ustaz. Aku tak tau kenapa aku rasa tak nak. Entah lah kenapa. Malas nak fikir.

Next?
Aku duduk depan ustaz.
Ringkas cite..
Lepas abis ustaz baca ayat ruqyah..ustaz suh aku bukak mata,tanya aku ade rasa ape.
Bila bukak mata..aku rasa pening.lepas tu rasa macam nak muntah.
Ha! Masa ustaz tengah baca-baca ayat,aku dapat rasa belakang telinga dan belakang badan aku panas.

Aku cakap semua yang aku rasa kat ustaz.

Daripada peristiwa malam tu,aku baru tahu,selama ni aku payah nak tidur malam,bila baca Quran kadang-kadang rasa macam nak muntah ..semua tu antara gangguan makhluk..

Lepas kena scan,hati aku terdetik "ouh..aku kurang cahaya rupanya.."
Kenapa aku cakap macam tu?
Sebab..
........

Tahun 2012,aku ditaklifkan(diamanahkan) sebagai ketua bilik.
Masa bulan Ramadhan,kami ada perjumpaan dengan salah seorang warden kami.
Setelah selesai mesyuarat,macam biasa..yang mana ada special kes,jumpa personal ngan ustaz.

Kes yang ni, sahabat aku,Hanis Hanani time tu aku teman dia jumpa ustaz..dia tanya kat ustaz pasal gangguan makhluk halus.(aku jadi pendengar je.)

Hanis ada bagitau ustaz,budak bilik dia selalu kena ganggu..bila baca ayat Quran,benda tu tak lari.
Nak tahu apa jawapan ustaz?
Ustaz kata..
" sebenarnya,syaitan tak takut pun dengan Al-Quran.mereka takut dengan cahaya yang ada dalam tubuh manusia tu.."

Aku dan Hanis sama-sama " oooooo..." (dalam hati aku,oo..baru tahu)
Ustaz sambung lagi "...sebagaimana kisah sahabat dulu..bila mana Saidina Umar r.a lalu pada satu lorong,syaitan tak kan lalu dah lorong tu,sebab akan terbakar dek kerana cahaya yang ada dalam diri Umar..begitu juga dengan kisah sahabat-sahabat yang lain..."

.........

Jadi,sebab tu la aku cakap macam tu..
Yup.memang aku kurang cahaya.amalan kurang.

Fikirla balik.
Amalan kurang.malas.kuat tido.<------- gaya macam ni ade rupa nak dapat cahaya ke?
Maybe ade yang tanya.. 'cahaya ape?'
Siyes.aku  pun x tau..moga Allah bagi faham.

Bila Allah bagi ujian kali ni macam ni..
Sebenarnya dapat muhasabah diri..

Aku kena kacau sebab aku yang tak kuat.

Ingat! Benda tu tak berkuasa pon..jangan fikir mereka kuat,bahkan Allah Maha Kuat.
Minta perlindungan daripada Allah dengan bersungguh-sungguh.

Benda tu pun makhluk Allah jugak..
Kalau Allah tak izin,diorang takkan mampu kacau aku. Yes,i believe that.

Mohon doa kalian juga agar aku terus mendapat kekuatan mencari cahaya tersebut..

Wallahualam.setakat ni dulu coretan kali ni.
Ada sebarang salah silap,sila tegur.
Wassalam.

Saturday 19 July 2014

Pengalaman Ujian Lisan STAM -2013-

Bismillah..

Entri kali ni rasa macam nak kongsi pasal pengalaman sendiri berkenaan ujian lisan STAM..

Tak silap aku,masa kitorang ujian lisan pun masa bulan Ramadhan juga.
Bak kata Ustazah..doa makbul kalau doa bulan Ramadhan ni..jadi,doa banyak-banyak agar dikuatkan memori hafalan kita.

Ujian lisan STAM, ada 3 maddah(subjek)..
1. Hifz Al Quran..
2. Hadith
3. Muthalaah..

Tahun 2013,memang rezeki kami dapat silibus baru.
Untuk maddah Hifz Al Quran,calon perlu hafaz 4 buah surah (surah Luqman, As-Sajdah,Saba',Fathir)
Haaa.....memang kena hadap semua tu..
Untuk hadis pulak,kalau untuk ujian lisan,perlu hafaz 12 matan hadis..
Bagi muthalaah..erm..kena prepare pengetahuan tentang nahu dan benda-benda yang berkaitan dengannya..
...................

Jujur aku cakap.,aku memang pemalas..(teruk kan?mohon jangan tiru.bahaya untuk masa depan anda)
Jadi,masa orang lain tengah kalut menghafaz,aku boleh slumber badak tido..
Dalam kelas..bukak Quran 2 saat,aku dah lena.
Bukak kertas hadis,baca 3 line,dah terbang ke alam mimpi dah.

Bab tido,memang sahabat aku Bazlin,terutamanya,fed up ngan aku.banyak kali dah dia pesan jangan tdo..tapi,aku buat donno je..still tdo mcm biasa.
*AGAIN.jangan tiru!nanti korang jugak yg merana nanti*

Ok.berbalik kepada ujian lisan.

Dalam masa tempoh yang ditentukan,memang aku buat slumber..kalau oranglain tengok aku,memang diorang boleh kata 'kau tak exam ke?'
Haa..sampai macam tu sekali..
Aku bukan nye otak cepat,sekali hadap dah boleh ingat.

Ingat lagi.masa tu kelas hadis. Ustazah kata,sape nak tasmi',boleh g kat ustazah. Untuk sesiapa yang dah tasmi' ngan ustazah 5 matan hadis dan ke atas,kawan yang lain boleh gi tasmi' kat dia..
Jadi,time tu,aku yang tengah mamai-mamai dalam kelas ni..tetibe rasa macam bersemangat nak gi tasmi'. Padahal aku langsung tak hafaz satu hapak pun lagi.
Aku tengok orang lain duk terkumat kamit hafaz hadis.
Aku? Tidur.haih..aku sendiri pun x tau ape nak jadi ngan aku nih..
Tetibe time tu,hati aku berbisik.
"Sampai bila aku nak jadi macam ni?kata target mumtaz..tapi x de rupa nak mumtaz pun.."

# nak lulus STAM,kena lulus ujian lisan dulu.
Nak lulus ujian lisan,antara caranya,kena hafaz 12matan hadis tu,even panel hanya tanya 3/4 matan je.

Kawan kelas,Anis Omar tanya.."weyh..ko dah hafal ke?relax je aku nampak..mesti dah banyak hafal kan?," lepas tu Anis sambung hafaz sambil menghadap aku.
Aku jawab."mana ade..x hafal satau hapak pun lagi.."
Anis tak percaya yang aku tak hafaz lagi.

Lepas tu,aku terus grab kertas hafazan hadis..terus hafaz. Mula dengan bismillah..dengan tekad dan yakin,aku cuba tuk hafaz slow2..alhamdulillah..2 3  matan hadis senang melekat kat otak.

Lepas tu,aku terus bangun,gi kat ustazah. Anis terkejut tengok aku gi tasmi' .
Anis kata "kau tipu aku kan?kata tak hafal lagi.."
"Haih..betul la..aku tak hafal ape pun..tadi baru hafaz.ok lah.selamat menghafaz"

Malas nak tasmi' ngan ustazah,aku tasmi' ngan kawan.
Janji tasmi'.
Alhamdulillah..daripada takde langsung..
Aku amik masa sekejap je untuk hafaz 12 matan hadis..tak silap..2 kali kelas hadis,kholas.(tapi,perlu kepada ulang dan ulang dan ulang laaa..)
*kholas = selesai
Aku selesaikan hafalan hadis sebab nak tumpu kat Hifz Quran plak..

...............

Nama aku start dengan W. Jadi..aku dapat la serba sedikit macam mana rupa soalan tu. Orang kata,hari ke3,soalan pada hari pertama diulang balik.

Macam biasa..aku relax je bila orang lain tengah kalut.(even byk lagi hafalan yg aku x beres)
Bukan ape..kalau aku kalut,nanti sume yang aku hafaz,hilang.
Jadi..bertenang and cool ~ kan3? *angkat kening sebelah 2 kali*

.......
Masa dalam bilik kurungan..aku dah mula rasa x sedap badan dah..time tu dah rasa kalut..bila murajaah(ulang) Hifz Quran,aku dah cuak..aku tak ingat!
Kawan duk kata "rilex2.." *diorang pun tengah cool down jugak sebenarnya*

Ringkas citer masa detik tibanya giliran aku. *fuh~ time ni baru aku rasa gubra,berdebar,semua benda aku rasa *
Semua benda yang di hafal rasa macam terbang melayang..
Bila nama kena panggil(time ni nama dipanggil just tuk ready kat luar bilik panel)..
Aku berjalan takut-takut..dalam hati,'amekaw,relax sgt kan?'

Aku pilih tuk duduk kat meja luar sambil renung + scan balik ayat-ayat yang dihafal..
Time ni memang dah cuak tahap ghaban..

Tarik nafas...hembus..
Cuak dan adik beradik gabra x hilang jugak..rasa macam nak nangis..
Takleh nak buat ape,aku tutup Quran.
Aku pejam mata,cuba untuk tenang kan diri sendiri.
Aku bisik kat hati..
"Ingat..semua kuasa ingatan dan memori kau milik Allah..Dia berhak ke atas apa kau kau hafal selama ni..jadi,sekarang..serahkan segala-galanya kepada Allah.."

Lepas tu,baru aku rasa tenang..
Alhamdulillah..

Tak lama kemudian,nama aku dipanggil.

Bismillah..

........

Mula-mula..calon akan ditanya soalan maddah Hifz Al Quran dulu,kemudian,Hadith dan Muthalaah.

Yang aku still ingat..(ini part yang memang berdebar sekali)
Untuk soalan Hifz Quran.
Bila panel baca kepala ayat,aku dah terbayang muka surat mana.
Ups! Muka surat tu aku tak berapa nak lancar!..

Buat-buat konfident,aku baca balik kepala ayat yang panel tu baca..bila nak sambung,panel sorang lagi tu tengok soalan ujian lisan aku.
U know what? Rupa-rupanya panel tersalah bagi soalan dekat aku..
Bila tukar soalan..
Alhamdulillah..kena dekat muka surat yang aku lancar.

Walaupun ada jugak part yang aku x leh nak teruskan..panel tu tolong..

Trust me..
Memang calon STAM atau mana-mana calon exam sekalipun,kena banyak-banyak doa.

Asatizah kami ada ajar,antara doa time exam,korang doa la sekali,biar Allah lembutkan hati panel korang nanti..

Kenapa? Tengok macam kes aku.

Percaya dan yakin.Allahu musta'an..
Allah adalah sebaik-baik penolong.
Sebanyak dan sekuat mana pun usaha kau menghafal,kalau Allah tak izin..takde guna jugak..

Doa doa doa doa.
Doa itu senjata mukmin kan?
Lupa?
Kita hanya hamba.
Tugas kita berusaha.natijah,biar Allah yang beri.

Wallahua'lam..setakat ni dulu kot coretan kali ni.

Kalau ada apa-apa salah silap,terkasar bahasa,mintak ampun,mintak maaf.
Salah silap,harap ditegur.