Sunday 20 July 2014

Cahaya?

Bismillah..

Tahun lepas -2013-
Pelajar asrama dijemput untuk ke Balai Islam,Lundang.
Kira pergi situ,tengok show kumpulan nasyid In-Team.
Time ni,calon STAM dekat-dekat nak Trial STAM.
Bak kata sahabat-sahabat aku,pergi Balai Islam kira release tension..
Ustaz Rahim gelak je bila dengar diorang cakap macam tu.

Kali ni,aku tak fokus pasal InTeam tu,(sebab aku tak rasa teruja pon bila jumpa artis)

Sebenarnya..ade pesta buku kat Balai Islam tu..kira,InTeam tu sebagai artis jemputan la..dan kami,sebagai tetamu..(macam tu ke?entah..hee)

Kat situ pon ade pameran perubatan Islam.
*sori.aku tak reti nk susun kronologi cerita*

Macam ni,beberapa hari sebelum tu,junior bilik aku ade cite,dia pergi pameran pesta buku kat situ..dia ada la cite pasal perubatan islam dan blablabla.

Aku rasa macam berminat. Bila ada peluang pergi sana..aku pergi la..

Sampai je kat Balai Islam..aku ngan sahabat-sahabat lain round tengok buku dulu.
Kitorang takde fulus lebih..so,window shopping buku je la..

Bila nampak booth perubatan islam tu..aku gi dekat.
Aku nampak junior aku ngan kawan-kawan dia dekat situ.
Kat situ boleh scan sama ada kita ni ada gangguan ke tidak.
Aku macam beria-ia nak cek.
Ustaz tu bagi kertas,suh tengok kat situ. Kalau ada tanda-tamda gangguan,bagitahu ustaz.

Tengok-tengok..aku ada la beberapa tanda gangguan.
Terkejut ke? Erm..agak la..aku x pernah expect pon selama ni aku kena gangguan rupanya..
ingat kan..benda biasa je..

So,aku cakap la kat ustaz tu..aku ada tanda-tanda gangguan uh..
Time tu,nampak macam takde harapan je nak kena scan..(manusia ramai time tu)
Aku memang dah pasrah dah..dalam hati..'fuh,selamat..'

Lepas tu,aku ngan kawan stil lagi duk kat booth ustaz tu..tengok-tengok barang kat situ sambil tengok adik-adik junior tengah kena scan.
Dalam pada aku tengah syok duk tengok barang kat booth ustaz tu..tiba-tiba junior aku,Izzati Hamidi panggil.. "K.ana meh.."
Time tu,semua kat situ tengok aku.ustaz yang scan tu pun tengok aku jugak. Aku rasa malu ke? Tak pun..
Aku rasa terkejut dan takut. Serta merta aku rasa macam terketar-ketar. Terus aku menyorok belakang kawan aku. Aku cakap "ha? Tak nak.." *geleng*
Izzati dah geleng kepala dah. Sekali lagi dia panggil. Aku still kat belakang kawan aku..
Last2, Izzati datang dekat,tarik aku duk depan ustaz. Aku tak tau kenapa aku rasa tak nak. Entah lah kenapa. Malas nak fikir.

Next?
Aku duduk depan ustaz.
Ringkas cite..
Lepas abis ustaz baca ayat ruqyah..ustaz suh aku bukak mata,tanya aku ade rasa ape.
Bila bukak mata..aku rasa pening.lepas tu rasa macam nak muntah.
Ha! Masa ustaz tengah baca-baca ayat,aku dapat rasa belakang telinga dan belakang badan aku panas.

Aku cakap semua yang aku rasa kat ustaz.

Daripada peristiwa malam tu,aku baru tahu,selama ni aku payah nak tidur malam,bila baca Quran kadang-kadang rasa macam nak muntah ..semua tu antara gangguan makhluk..

Lepas kena scan,hati aku terdetik "ouh..aku kurang cahaya rupanya.."
Kenapa aku cakap macam tu?
Sebab..
........

Tahun 2012,aku ditaklifkan(diamanahkan) sebagai ketua bilik.
Masa bulan Ramadhan,kami ada perjumpaan dengan salah seorang warden kami.
Setelah selesai mesyuarat,macam biasa..yang mana ada special kes,jumpa personal ngan ustaz.

Kes yang ni, sahabat aku,Hanis Hanani time tu aku teman dia jumpa ustaz..dia tanya kat ustaz pasal gangguan makhluk halus.(aku jadi pendengar je.)

Hanis ada bagitau ustaz,budak bilik dia selalu kena ganggu..bila baca ayat Quran,benda tu tak lari.
Nak tahu apa jawapan ustaz?
Ustaz kata..
" sebenarnya,syaitan tak takut pun dengan Al-Quran.mereka takut dengan cahaya yang ada dalam tubuh manusia tu.."

Aku dan Hanis sama-sama " oooooo..." (dalam hati aku,oo..baru tahu)
Ustaz sambung lagi "...sebagaimana kisah sahabat dulu..bila mana Saidina Umar r.a lalu pada satu lorong,syaitan tak kan lalu dah lorong tu,sebab akan terbakar dek kerana cahaya yang ada dalam diri Umar..begitu juga dengan kisah sahabat-sahabat yang lain..."

.........

Jadi,sebab tu la aku cakap macam tu..
Yup.memang aku kurang cahaya.amalan kurang.

Fikirla balik.
Amalan kurang.malas.kuat tido.<------- gaya macam ni ade rupa nak dapat cahaya ke?
Maybe ade yang tanya.. 'cahaya ape?'
Siyes.aku  pun x tau..moga Allah bagi faham.

Bila Allah bagi ujian kali ni macam ni..
Sebenarnya dapat muhasabah diri..

Aku kena kacau sebab aku yang tak kuat.

Ingat! Benda tu tak berkuasa pon..jangan fikir mereka kuat,bahkan Allah Maha Kuat.
Minta perlindungan daripada Allah dengan bersungguh-sungguh.

Benda tu pun makhluk Allah jugak..
Kalau Allah tak izin,diorang takkan mampu kacau aku. Yes,i believe that.

Mohon doa kalian juga agar aku terus mendapat kekuatan mencari cahaya tersebut..

Wallahualam.setakat ni dulu coretan kali ni.
Ada sebarang salah silap,sila tegur.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment