Saturday 7 May 2016

Kenapa masih resah?

Bismillah..

Tiada yang diharapkan melainkan redhaNya dalam setiap bait kata yang dilontarkan, dan dalam setiap amal yang dilakukan.

Seperti yang dijanjikan, ingin saya kongsikan sesuatu dan ianya adalah pendapat peribadi saya. Andai ada percanggahan, mohon tunjukkan yang benar.

Mungkin setiap dari kita pernah dan sering sahaja melalui situasi yang mana kita sering saja rasa resah dan gelisah.
Meskipun sering saja menunaikan solat, ditambah dengan solat sunat serta amalan zikir dan lain-lain.
Tetapi, kenapa rasa resah, gelisah dan tertekan tetap ada?

Mungkin sebab kita ini, dahulunya waktu di sekolah sering saja berkepit dengan Al-Quran.

Namun, entah kesibukan apa yang melanda, tanpa sedar kita perlaha-lahan meninggalkan Al-Quran.

Ayat-ayat suciNya yang pernah kita hafaz, perlahan-lahan mulai luntur dari kotak memori kehidupan kita.

Ya! Kita termasuk di dalam golongan penghafaz Al-Quran, tetapi bertindak untuk meninggalkan Al-Quran.

Sering kita berikan alasan bahawa kita sibuk. Tidak sempat. Dan sebagainya.

Mungkin inilah jawapan yang selama ini kita cari. Tetapi kita selalu menidakkan. Sampai bila nak seksa diri sendiri? Terimalah hakikat, kita perlukan Tuhan. Namun, bagaimana caranya?

Manusia, jika dia tidak sibuk melakukan amal kebaikan, dia akan tenggelam dalam kesibukan kemaksiatan. Kita yang mana?

Sahabatku sayang, jom kita mula hafaz quran balik?
Kita mula dari awal ya.

Meskipun nanti kita ada lupa ayat yang dihafaz, benda tu normal.
Semua orang hadapi. Yang penting kita usaha.

Al-quran ini perlu untuk kita selalu ulang dan ulang.

Saya kongsi antara kata-kata pensyarah kami yang dijemput bagi pengisian di surau tempoh hari,
Kata beliau, "Cubalah tiap hari hafaz setengah muka surat. Dan ulang hafaz setengah muka surat. Cuba buat tiap hari tanpa skip. InsyAllah, kehidupan kamu akan berubah. Cubalah. Saya dah alaminya."

Waktu beliau berkongsi, saya terasa seperti terketuk.
Ya. inilah jawapan yang saya cari selama ni.
Lama saya cari jawapan kenapa saya begitu dan begini. Rupanya ini salah satu silap saya.

Ust berkongsi dengan kami kisah perbualan Saidatina Aisyah dengan Baginda Rasul saw.
Di akhirat nanti, semua manusia dibangkitkan dalam keadaan tiada seurat benang pun di badannya.
Lalu Saidatina Aisyah bertanya. Manusia waktu tu macam mana?
Rasulullah saw kata, waktu tu, semua tak kisah dah dengan apa yang terjadi pada badan masing-masing. Semua risaukan dengan perbuatan amal yang mereka lakukan di dunia dulu.

Tetapi, ada golongan yang mana bila mereka dibangkitkan, mereka diberi jubah khas untuk menutup badan mereka pada hari tersebut.

Siapa mereka? Mereka adalah golongan penghafaz Al-Quran.

Ust tanya lagi, siapa yang nak hafaz Al-Quran?
Ust kata, "Ini bukan perjanjian dengan saya, tetapi perjanjian dengan Allah.."

Rasa macam waktu tu hati menangis laju-laju.
Kedudukan saya yang berada betul-betul di hadapan ust pada waktu tu menyebabkan saya cuba untuk menahan diri daripada air mata keluar mengalir.

Saya tak tahu macam mana nak tutup perkongsian kali ni.

Wallahua'lam. andai ada salah silap.. Mohon betulkan ya :D








No comments:

Post a Comment